Ini nilai pasaran Luqman Hakim berbanding Arif Aiman selepas 9 bulan berhijrah ke Jepun

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin kini sudah sembilan bulan berhijrah ke Jepun

selepas dia sah menyertai kelab divisyen 3, YSCC Yokohama awal Januari tahun ini.

Penyerang berusia 22 tahun itu berkelana ke negara Matahari Terbit dengan status pinjaman

Daripada kelab Belgium yang diwakilinya, K.V Kortrijk sehingga penghujung tahun ini.

Sepanjang di sana, Luqman sudah beraksi sebanyak 4 perlawanan dengan persembahan terakhirnya adalah ketika menentang Omiya Ardija pada 31 Ogos yang lalu.

Ini nilai pasaran Luqman Hakim berbanding Arif Aiman selepas 9 bulan berhijrah ke Jepun

Selepas sembilan bulan, timbul tanda tanya berapakah nilai pasaran Luqman Hakim ketika ini? Adakah setanding pemain seusianya iaitu Arif Aiman.

Menurut portal Makanbola yang memetik kemas kini laman Transfermarkt, Luqman Hakim kini memiliki nilai pasaran sekitar 50,000 Euro atau RM230,000.

Paling tinggi, nilai pasarannya boleh melonjak sehingga RM700,000.

Saham pemain muda itu jauh lebih rendah berbanding Arif Aiman (RM2.5 Juta) dan juga Haqimi Azim (RM578,000).

Untuk rekod, kontrak Luqman Hakim bersama Yokohama SCC difahamkan berakhir Disember 2024 sebelum pulang ke pangkuan kelabnya iaitu KV Kortrijk.

BACA: EAIC rampas 150 fail ‘rasuah’ dari Imigresen Putrajaya, EAIC tu apa ramai nak tahu