Patutlah sedap! Tular peniaga roti canai cuci kuali guna air longkang

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Tular video di media sosial yang memaparkan seorang peniaga roti canai membasuh kuali

Dipercayai menggunakan air longkang, sehingga mencetuskan kemarahan orang awam.

Berdasarkan hantaran video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok pada hari Isnin,

peniaga tersebut kelihatan panik apabila perbuatannya dirakam dan segera berlalu pergi tanpa memberikan sebarang reaksi atau penjelasan.

Namun, lokasi kejadian tersebut tidak dapat dikenal pasti dan tidak diketahui sama ada pihak berkuasa telah mengambil tindakan atau tidak.

Patutlah sedap! Tular peniaga roti canai cuci kuali guna air longkang

“Penjual roti canai membasuh kuali mereka menggunakan air longkang. Jadi, sangat kotorlah,” kata pengguna tersebut secara ringkas.

Setakat ini, hantaran berdurasi 24 saat itu telah tular di beberapa platform media sosial seperti Facebook dan X selain TikTok, menerima lebih 48,000 tanda suka, 10,300 komen, serta 34,000 perkongsian.

Difahamkan, tiada maklumat terbaru mengenai insiden jijik tersebut, tetapi orang ramai menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melakukan siasatan dengan segera.

Melalui ruangan komen di TikTok, majoriti warganet mengecam tindakan peniaga tepi jalan berkenaan yang dipercayai warga asing dan didakwa tidak mengamalkan kebersihan dalam menjalankan perniagaan.

Kebanyakan mereka meluahkan kemarahan dan kekecewaan dengan menyatakan bahawa budaya peniaga luar sukar dikawal, terutama ketika menjalankan operasi perniagaan restoran atau kedai makan.

“Berhati-hati selalu kepada yang suka makan di luar, memasak sendiri lebih baik,” ujar Ross Merah.

“Pendapat peribadi saya, ini bukan soal bangsa tetapi masalah individu dan bukan juga kerana agama,” kata Abang Jim pula.

BACA: ‘Elok-elok jadi umat Nabi nak tukar jadi umat makhluk terlaknat’ Perkongsian adik Fattah Amin curi perhatian netizen