Spray je air ni confirm lipas terus mati, ini cara buat air mujarab ini

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Jika di rumah anda terdapat ‘sarang’ lipas, jangan risau kerana salah satu penyelesaian adalah dengan

Mencuba cara membunuh lipas yang dikongsi oleh Public Health Malaysia di Facebook.

Cara yang diajar ini sangat mudah kerana dalam masa 2 minit sahaja, lipas pasti akan mati.

Jika anda tidak percaya, anda boleh mencubanya sendiri.

Jika anda terserempak dengan lipas di dalam tandas, jangan panik terlebih dahulu

Spray je air ni confirm lipas terus mati, ini cara buat air mujarab ini

Anda mempunyai peluang 99% untuk menang dalam pertarungan ini!

Ambil sabun atau syampu yang terdekat dan semburkan air sabun ke arah lipas tersebut.

 

Air sabun akan merosakkan permukaan badan lipas yang bersifat berlilin, menyebabkan air sabun masuk ke dalam liang pernafasannya.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

-Campurkan air sabun dan isi ke dalam botol semburan.

-Semburkan air sabun pada lipas.

-Air sabun akan melemahkan lipas dan ia akan mati dalam beberapa minit.

Mudah, bukan? Anda boleh mencuba kaedah ini jika terdapat lipas di dalam rumah atau tandas anda.

BACA: Terkini!! Tunku Ismail umum Johor kembali cuti Sabtu Ahad mulai tahun depan