Wanita merayu keluar islam selepas 7 tahun, rupanya cinta tak terbalas

Oleh AHMAD SULAIMAN

Seorang wanita dari Sarawak merayu untuk meninggalkan Islam dan kembali kepada agama Kristian setelah berpisah dengan lelaki Melayu yang berjanji untuk mengahwininya.

Iqbal Harith Liang, peguam wanita itu, memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa anak guamnya

ingin mendapatkan peluang untuk berhujah kesnya di mahkamah sivil berbanding mahkamah syariah.

Menurutnya, wanita tersebut tidak boleh dijangka untuk mendapatkan penyelesaian di mahkamah syariah

memandangkan sentimen terhadap individu yang ingin menukar agama.

Wanita merayu keluar islam selepas 7 tahun, rupanya cinta tak terbalas

“Dia adalah mangsa keadaan, dan ini bukan disebabkan tindakannya sendiri.

“Dia adalah seseorang yang mengejar cinta hingga ke akhirnya. Namun, malangnya, percintaannya terhalang oleh garis agama di negara ini.

“Sekarang dia terperangkap dan ingin bebas untuk kembali kepada identiti Kristian,” katanya kepada tiga panel hakim yang diketuai oleh Supang Lian.

Wanita berusia 26 tahun itu memohon kebenaran untuk membuat semakan kehakiman bagi mengeluarkan namanya daripada daftar mualaf.

Panel hakim yang turut dianggotai oleh Lim Chong Fong dan Ahmad Fairuz Zainol Abidin tidak membuat sebarang keputusan pada hari ini.

Pengurusan kes akan berlangsung pada 11 Oktober depan untuk menetapkan tarikh penyampaian keputusan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 September lalu menolak permohonan wanita itu dan memutuskan bahawa kes ini berada di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

Wanita itu memeluk Islam pada 18 Ogos 2017 untuk berkahwin dengan seorang lelaki beragama Islam.

BACA: Suara Zara Zya tiba-tiba berubah jadi garau, lelaki ajar cara mujarab elak disihir