Melalui platform TikTok, tular sebuah video yang memaparkan Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
Baginda berkongsi bahawa beliau bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Latar Belakang Bakal Isteri Tengku Muhammad
Berita ini sememangnya mendatangkan rasa teruja di kalangan orang ramai apabila Tengku Muhammad
Bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Tengku Natasya Adnan.
Sekadar info, Tengku Natasya Puteri ialah anak perempuan Yang Mulia (YM) Datuk Seri Utama Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, yang merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan.
Difahamkan, Tengku Natasya lahir pada tahun 1995 dan kini berusia 29 tahun, manakala bakal suaminya, Tengku Muhammad, berusia 27 tahun. Walaupun terdapat perbezaan usia, ia tidak menjadi penghalang bagi kedua-dua bakal pengantin itu.
Kacukan Malaysia-Indonesia
Selain itu, kecantikan Tengku Natasya juga menarik perhatian ramai kerana beliau mempunyai darah kacukan Malaysia-Indonesia.
Ibunya, Datin Seri Utama Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini, merupakan seorang aktres Indonesia yang terkenal dan merupakan bintang besar dalam industri perfileman pada tahun 80-an. Ibu dan bapanya berkahwin di Yogyakarta dengan menggunakan adat suku Jawa.
Tengku Natasya juga mempunyai lima orang adik-beradik, iaitu Tengku Iqbal Munawwir, Tengku Muhammed Hafiz, Tengku Nadira Munawarah, Tengku Najwa Munawarah, dan Tengku Nabila Putri.
Sekadar info, KDPB Tengku Ampuan Pahang memaklumkan bahawa perkahwinan Tengku Muhammad dan Tengku Natasya akan berlangsung pada 24, 25, dan 27 Oktober 2024.
BACA: Terima hadiah RM976,765 dari taikun hotel, bekas menteri pengangkutan dipenjara 12 bulan