Terima hadiah RM976,765 dari taikun hotel, bekas menteri pengangkutan dipenjara 12 bulan

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Seorang bekas menteri dihukum penjara selama 12 bulan hari ini kerana menghalang proses keadilan dan menerima ‘hadiah haram’,

Menurut laporan media tempatan mengenai perbicaraan rasuah politik yang pertama dalam tempoh hampir 40 tahun di negara tersebut.

Bekas menteri pengangkutan, S. Iswaran, berhadapan dengan 35 pertuduhan yang kebanyakannya berkaitan dengan rasuah awal tahun ini.

Namun, pihak pendakwa raya hanya mengemukakan lima pertuduhan yang lebih ringan, termasuk beberapa pertuduhan yang berkaitan dengan seorang taikun hartanah.

“Selepas Iswaran didapati bersalah minggu lalu kerana menghalang proses keadilan dan menerima hadiah haram,

Terima hadiah RM976,765 dari taikun hotel, bekas menteri pengangkutan dipenjara 12 bulan

pihak pendakwa raya meminta hukuman penjara antara enam hingga tujuh bulan,” lapor akhbar The Straits Times.

Pasukan peguam bela bekas menteri itu pula berhujah untuk hukuman penjara maksimum selama lapan minggu.

Perbicaraan Iswaran dilihat sebagai salah satu yang paling signifikan dari segi politik dalam sejarah Singapura.

Kes ini berisiko merosakkan imej parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP), sebelum pilihan raya umum yang dijangka pada November 2025.

Iswaran meletak jawatan pada Januari lalu setelah pertuduhan terhadapnya dimaklumkan secara rasmi, termasuk menerima hadiah bernilai lebih SG$300,000 (RM976,765).

Dakwaan terhadap Iswaran termasuk menghalang proses keadilan berhubung cubaan untuk menyekat pihak berkuasa daripada menyiasat penajaan penerbangan kelas perniagaan yang dikaitkan dengan taikun perhotelan Malaysia, Ong Beng Seng.

Empat tuduhan lain adalah berkaitan dengan hadiah yang diterima daripada Beng Seng.

BACA: Panas!!! Naib presiden Pas akui hubungan Pas-Bersatu hambar