‘Mulanya beli helikopter untuk kegunaan sendiri’ Ini kisah jutawan Melayu ramai tak kenal

Oleh AHMAD SULAIMAN

Anda mungkin sudah biasa dengan beberapa nama tokoh jutawan dunia. Kali ini, penulis ingin berkongsi maklumat menarik mengenai seorang lelaki Melayu

jutawan Malaysia yang bernama Tan Sri Syed Azman, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS).

Ikuti kisah Tan Sri Syed Azman, jutawan bilionair Melayu yang sangat rendah diri ini.

Semoga kisah kejayaan beliau dapat membakar semangat pembaca untuk mencapai kejayaan dan memberi inspirasi agar sentiasa berusaha untuk mencapai impian tanpa berputus asa.

Dahulu, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim pernah berkhidmat selama 13 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia sehingga meraih pangkat Mejar.

'Mulanya beli helikopter untuk kegunaan sendiri' Ini kisah jutawan Melayu ramai tak kenal

Pada tahun 1993, selepas berhenti dari tentera, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai.

Anak jati Sungai Petani, Kedah ini kemudiannya mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia. Pada masa itu, beliau tidak memiliki AP (Approved Permit) untuk mengimport kereta dari luar negara.

Namun, beliau berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. Lama kelamaan, beliau berjaya mendapatkan AP daripada kerajaan dan perniagaan keretanya semakin dikenali.

Sejak dari itu, bisnesnya semakin maju dan terkenal. Namun, apabila kerajaan mengumumkan dasar baru, permit yang diluluskan itu tidak dapat digunakan dan hanya Franchise Permit (FP) yang dibenarkan.

Bukan mudah untuk mendapatkan FP ini. Hanya individu terpilih sahaja yang dapat menjadi pengedar. Akhirnya, beliau dipilih untuk menjadi salah seorang pengedar sah untuk Honda, Suzuki, dan Chevrolet.

Mulanya, beliau membeli helikopter untuk kegunaan sendiri sahaja…

Syed Azman pernah berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau merasa bosan kerana banyak menghabiskan masa di atas jalan raya. Lalu, rakannya mencadangkan agar beliau membeli helikopter untuk perjalanan ke sana dan ke sini.

Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta untuk kegunaan harian. Apabila helikopter itu tidak digunakannya, beliau menyewakannya kepada mereka yang berminat. Sejak itulah beliau menyedari bahawa ramai yang ingin menyewa helikopter.

Selepas 5 tahun, beliau mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter bagi membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.

Kini, beliau adalah pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS)

Hari ini, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) itu memiliki lebih 40 buah helikopter dan empat buah jet persendirian.

Beliau juga memiliki kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak, menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.

Beberapa perniagaan yang dijalankan oleh syarikat itu termasuk industri pertahanan, hartanah dan pembinaan, insurans, makanan dan minuman, serta ICT. Ini belum termasuk perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan, dan lain-lain

BACA: Patutlah Iron dome Israel tak mampu tepis serangan, rupanya ini peluru yang Iran guna