Sengaja tak sambut salam Menteri? Ini penjelasan CEO Mada

Oleh DAHLIA MARZUKI

Tular video yang menunjukkan CEO Mada seolah-olah sengaja enggan menyambut salam yang dihulurkan oleh Mohamad Sabu semasa lawatan kerja menteri itu di Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Perniagaan Peladang (Mada) Sdn Bhd, Abdullah Ismail, memohon maaf

setelah dilihat enggan bersalaman dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, dalam satu video tular baru-baru ini.

Abdullah menjelaskan bahawa kejadian tersebut adalah hasil daripada salah faham, kerana beliau sebenarnya telah bersalaman dengan Mohamad

lebih awal sebaik sahaja menteri itu keluar dari kereta semasa lawatan kerja di Kedah pada hari Isnin lalu.

Sengaja tak sambut salam Menteri? Ini penjelasan CEO Mada

“Ketika mengiringi Mohamad yang bersalaman dengan pegawai lain, beliau telah menghulurkan tangan sekali lagi untuk bersalaman dengan saya.

Oleh kerana saya sudah bersalaman dengan Mohamad sebelum itu, saya jadi terkedu dan terkhilaf kerana tidak bersalaman sekali lagi dengan beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan kejadian tersebut, Abdullah memohon maaf dan mengakui kesilapannya kerana tidak menyambut salam Mohamad sekali lagi.

“Saya dengan rendah diri mengakui kesilapan saya dan memohon maaf atas salah faham yang berlaku. Saya berharap penjelasan dan permohonan maaf saya diterima oleh semua pihak yang terasa dengan perbuatan saya,” katanya.

BACA: ‘Kesilapan dasar yang serius’ Bersatu gesa kekalkan subsidi pendidikan kepada golongan kaya