‘Kesilapan dasar yang serius’ Bersatu gesa kekalkan subsidi pendidikan kepada golongan kaya

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Sayap Bersekutu Bersatu menggesa kerajaan untuk menarik balik cadangan mengurangkan subsidi pendidikan

kepada anak golongan kaya serta-merta dan memohon maaf kepada rakyat.

Ketua Penerangannya, R Sri Sanjeevan, menyifatkan cadangan itu sebagai langkah ke belakang

Dalam usaha membangunkan sistem pendidikan negara yang inklusif dan sebagai langkah populis yang mengorbankan masa depan rakyat demi keuntungan politik jangka pendek.

“Cadangan terbaru kerajaan ini bukan hanya kesilapan dasar yang serius, tetapi juga ancaman terhadap masa depan Malaysia.

'Kesilapan dasar yang serius' Bersatu gesa kekalkan subsidi pendidikan kepada golongan kaya

Kenyataan ini bukan sekadar kritikan, tetapi seruan kepada semua rakyat Malaysia untuk mempertahankan asas demokrasi dan keadilan sosial negara kita.

Cadangan ini juga berpotensi mengancam perpaduan dan daya saing rakyat. Sistem pendidikan awam yang kuat adalah asas kepada negara yang berdaya saing,” katanya dalam kenyataan.

Isnin lalu, Anwar Ibrahim dilaporkan menggesa agar subsidi untuk anak golongan terkaya di sekolah-sekolah terbaik yang dibiayai kerajaan dihentikan kerana ia perlu bersikap adil dalam mengagihkan bantuan dengan mengutamakan kumpulan yang memerlukan, seperti golongan rentan.

Perdana Menteri berkata, terdapat keadaan tidak adil apabila anak-anak penjawat awam kanan, pimpinan politik, dan pengusaha terkenal dihantar ke sekolah-sekolah terbaik yang dibiayai kerajaan.

Sanjeevan menambah bahawa definisi kaya yang tidak jelas membuka peluang untuk manipulasi, ketidakadilan, dan diskriminasi.

Cadangan ini boleh membawa kepada implikasi antarabangsa yang lebih besar, malah boleh mencemarkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa serta bercanggah dengan komitmen kita terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya SDG 4 yang menekankan pendidikan berkualiti untuk semua.

Menurutnya, sistem pendidikan yang adil dan menyeluruh adalah penyamarata yang hebat bagi sesebuah masyarakat, dengan sejarah membuktikan bahawa negara yang berjaya sanggup melabur tanpa prejudis dalam pendidikan rakyat.

Dengan menafikan sebahagian masyarakat akses kepada pendidikan berkualiti, kita bukan sahaja mengkhianati rakyat, tetapi juga menggagalkan potensi negara.

Beliau sebaliknya mencadangkan agar kerajaan melancarkan pelan komprehensif untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan pendanaan inovatif untuk pendidikan awam, melabur dalam inovasi pendidikan serta pembangunan guru, mengadakan dialog nasional, dan menubuhkan Jawatankuasa Parlimen Khas untuk mengkaji serta menambah baik sistem pendidikan Malaysia.

BACA: ‘Kuahnya harus pekat..’ Food reviewer Indonesia buktikan nasi kandar Malaysia tak berpasir