“Boleh pula suami berhenti kerja lepas kahwin, dia pinjam abang dia RM 500 aku yang kena sattlekan”

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Fahamilah tanggungjawab sebagai suami dan isteri sebelum berkahwin, jangan sekadar berkahwin mengikut trend.

Bila tak tahu apa itu tanggungjawab maka boleh terjadi pergaduhan dan akhirnya mengabaikan pasangan.

Seorang wanita terkilan dengan sikap suami yang memilih untu berhenti kerja hanya kerana mahu memulakan perniagaan yang tidak membuahkan hasil.

Aku perempuan lewat 20-an, belum ada anak disebabkan ku belum bersedia nak ada anak

sebab masalah kewangan kami yang teruk dan kami sudah berkahwin selama lima tahun.

“Boleh pula suami berhenti kerja lepas kahwin, dia pinjam abang dia RM 500 aku yang kena sattlekan"

Sebelum kahwin suami kerja tapi selepas saja kahwin, dia berhenti kerja katanya penat dan tak mungkin mampu sara kami dengan duit gaji yang ada.

Gajinya dalam RM3k lebih, bagi aku cukuplah. Tak perlu mewah punmemandangkan aku tak boleh kerja lagi sebab masih belajar di semester akhir universiti.

Itu pun dia berhenti kerja tak ada bincang, dia nak guna semua duit simpanan dia buat buka gerai jual-jual dengan keluarga. Itu pun tak ada bincang dgn aku.

Tahu-tahu seminggu nak kahwin tu pun sebab aku tanya pasal rumah sewa, kita duduk mana lepas kawin pun senyap membisu tak ada respond.

Lepas kahwin je dia cakap kami duduk rumah kakak-kakak dia yg sudah berkeluarga saja, bukan tumpang, kami bayar bulanan separuh harga sewa rumah tu dekat kakak dia.

Aku pun rasa macam kena tipu sebab dia tak jujur dari awal dan rasa diri bodoh juga. Masalahnya perniagaan dia tak menjadi pun, lingkup, habis pinjaman.

Aku lepas habis belajar terus kerja dekat Singapura tapi tak lama sebab penat, maka aku nasihat suami untuk kerja sana.

Macam-macam alasan dia bagi, tak ada kenderaan lah, tak reti duduk tempat orang, aku pun penat tapi sebab fikir ada benda nak kena bayar lagi.

Bila aku mula kerja dekat kawasan rumah, gaji RM2k tu habis nak bayar segala keperluan, suami senang je suruh aku dahulukan bayaran konon nanti dia ganti balik.

Suami berhutang ribu riban dengan adik beradik sampaikan aku pergi berjalan dia tak post kat media sosial sedangkan aku bayar guna gaji aku.

Sekarang aku bayar semua, minyak kereta pun minta aku, keluarga nak pinjam duit pun minta aku. Benda yang paling besar, aku pernah buat pinjaman loan atas nama aku untuk dia.

Ada tiga loan aku buat tapi amaun aku masih mampu bayar walaupun ada je tertunggak. Aku buat pun sebab gaji aku tak mampu nak bayar kereta rumah semua tu jadi dia suruh buat.

Pinjam duit abang, jadikan aku sebagai jaminan

Dia pinjam duit abg dia RM1k pun dia cakap gaji aku sebagai jaminan. Jadi abang dia kasi, akhirnya habis duitnya, aku la yang kena bayarkan RM1k dekat abang dia.

Semua pinjaman dia nak buat dengan keluargadia, mesti nama aku yang jadi jaminan. Dia tak ada bincang betul-betul, dia cakap mcm tu je. Aku tak ada kasi jawapan pun terus proceed.

Aku bernasib baik sebab tiada anak lagi kalau tidak bertambah beban kewangan aku sebab memang akulah yang kena bayar semuanya.

Jadi sekarang plan dia aku nak tipu gaji aku, aku nak simpan tempat lain duitnya. Aku nak cakap gaji dapat sikit setiap bulan.

Aku sekarang buat dua ke tiga kerja untuk pastikan kos kami cukup. Jadi waktu cuti pun aku kerja.

Baca juga: Tidak dieksploitasi untuk kutip derma, Kerajaan perluas potensi TVET tahfiz dalam bidang penerbangan