Tuan Ibrahim gesa masyarakat henti menghukum GISBH?

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

PAS menggesa masyarakat agar berhenti menghukum kontroversi yang membabitkan Global Ikhwan Sdn Bhd Holding (GISBH).

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa budaya menjatuhkan hukuman

sebelum keputusan mahkamah adalah bertentangan dengan prinsip pengasingan kuasa yang menjadi teras dalam negara.

“Malah, saya melihat ia lebih malang jika pihak penyiasat terus menjatuhkan hukuman ‘bersalah’

seolah-olah memberi tekanan kepada mahkamah agar seiring dengan ‘keputusan’ mereka.

Tuan Ibrahim gesa masyarakat henti menghukum GISBH?

“Walhal, tugas penyiasat hanyalah mencari dan mengemukakan bukti siasatan untuk dipertimbangkan dalam perbicaraan mahkamah.

“Tidak terhad kepada isu GISBH sahaja, mana-mana kes mahkamah adalah tempat bergantungnya orang ramai bagi menegakkan hak dan keadilan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut ahli parlimen Kubang Kerian itu, banyak pihak mengulas tentang kes GISBH sehingga menggambarkan seolah-olah pihak berkenaan telah pun dijatuhkan hukuman bersalah.

Tuan Ibrahim berkata, budaya ‘penyiasat’ yang terlajak membuat keputusan mesti dihentikan demi menegakkan keadilan dan mengukuhkan pengasingan kuasa dalam dasar negara.

“Seharusnya kita perlu membiarkan siasatan lengkap oleh pihak polis, agensi penyiasat, dan badan berautoriti agama sehinggalah keputusan daripada mahkamah.

“Budaya membuat ‘keputusan’ sebelum mahkamah memutuskan sesuatu perkara sepatutnya dihentikan,” katanya.

BACA: ‘Melakukan perkara berkaitan agama lain’ Mufti Kelantan sekolahkan anak Muhyiddin