Tidak dieksploitasi untuk kutip derma, Kerajaan perluas potensi TVET tahfiz dalam bidang penerbangan

Oleh DAHLIA MARZUKI

Program Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Tahfiz kini diperluas

Dengan memperkenalkan pengetahuan golongan hafiz al-Quran dalam bidang teknologi penerbangan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan bahawa seramai 622 hafiz al-Quran

Telah dipilih untuk menjalani latihan dalam bidang penerbangan, dengan harapan dapat melahirkan

generasi yang mampu menyumbang dalam pelbagai bidang profesional di peringkat global.

Tidak dieksploitasi untuk kutip derma, Kerajaan perluas potensi TVET tahfiz dalam bidang penerbangan

Beliau menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan mereka ditempatkan di beberapa syarikat gergasi antarabangsa, termasuk Airbus dan Boeing, untuk mengubah tanggapan bahawa masa depan golongan ini hanya terhad kepada bidang agama.

“Saya berbangga melihat Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT) dan Institut

Kemahiran MARA (IKM) Lumut yang telah berjaya melahirkan ramai graduan TVET Tahfiz yang bukan sahaja mahir dalam teknologi, tetapi juga merupakan hafiz al-Quran.

“Kini, 17 huffaz sudah bekerja dalam bidang penerbangan, sementara 622 orang sedang dalam latihan. Kami yakin semua mereka akan mendapatkan pekerjaan,

kerana kami telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat kejuruteraan dalam bidang aeroangkasa,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KKDW 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menyatakan bahawa di bawah Program TVET Aras Tinggi (Hi-TVET), industri aeroangkasa, Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) turut menawarkan peluang kepada lepasan pelajar Hi-TVET untuk bekerja di CTRM serta mendalami ilmu di syarikat Airbus dan Boeing di Eropah dan Amerika Syarikat.

Beliau menambah bahawa KKDW sebagai pemegang taruh terbesar institusi TVET negara akan terus memperkukuhkan peranannya melalui Hi-TVET.

Katanya, pelbagai program berimpak tinggi sedang diperkenalkan dalam sektor strategik seperti aeroangkasa, perkapalan, teknologi rel, robotik, dan satelit.

Sebagai contoh, beliau menyebut bahawa kursus dalam bidang aeroangkasa kini memfokuskan kepada melatih tenaga kerja dalam pengeluaran dan penyelenggaraan pesawat, selaras dengan keperluan industri penerbangan.

“Begitu juga graduan TVET dalam bidang perkapalan dan teknologi rel yang menjadi fokus dalam memenuhi keperluan pengangkutan global.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sangat menggalakkan institusi TVET untuk membangunkan program latihan bagi memperkukuh sektor dan industri dengan pertumbuhan dan nilai yang tinggi.

“KKDW menyahut pelaksanaan program latihan berimpak tinggi ini dengan menyediakan program ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ khas bagi memperkukuhkan tenaga pengajar melalui kerjasama dengan institusi seperti Polimoda Itali dalam bidang fesyen, Dekra Akademie Jerman dalam bidang motor elektrik dan bateri, serta IBM Malaysia dalam bidang komputer,” tambahnya.

Ahmad Zahid juga menekankan bahawa inovasi teknousahawan yang sedang dilaksanakan di beberapa institusi TVET harus dipuji dan akan terus diperkasakan.

Beliau menyatakan bahawa selain bergantung pada tawaran gaji daripada majikan, usahawan yang lahir daripada institusi TVET juga mampu menjana pendapatan sendiri dan menggajikan individu lain atau melahirkan usahawan baru.

“Hingga 2023, seramai 418 pelajar Diploma Teknousahawan dari lapan kluster TVET telah mencatatkan pendapatan keseluruhan sebanyak RM60 juta dalam tempoh pengajian mereka, menunjukkan potensi besar dalam bidang ini,” katanya.

BACA: ‘Melakukan perkara berkaitan agama lain’ Mufti Kelantan sekolahkan anak Muhyiddin