Pas Pahang seru kerajaan perpaduan contohi sifat Menteri Besar Kedah

Oleh DAHLIA MARZUKI

PAS Pahang menyarankan agar pemimpin kerajaan perpaduan mencontohi Muhammad Sanusi Md Nor

Beliau yang memohon keampunan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kelmarin.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu, menyatakan bahawa Sanusi wajar dipuji

kerana berani merendahkan diri untuk memohon keampunan kepada Sultan Sharafuddin.

Andansura menegaskan bahawa Sanusi juga adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan.

Pas Pahang seru kerajaan perpaduan contohi sifat Menteri Besar Kedah

Beliau berkata, seorang pemimpin mesti bersikap terbuka untuk menerima kritikan serta bijak dalam menangani isu dengan berhemah.

Justeru, tindakan Sanusi itu wajar dicontohi oleh pemimpin lain.

“Perkara sebegini seharusnya dijadikan contoh kepada mana-mana individu yang memegang jawatan tinggi dalam sesebuah kerajaan, sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri,” katanya, seperti yang dipetik oleh Harakahdaily.

Andansura, yang juga Adun Beserah, berkata dengan mengambil langkah seperti Sanusi, seorang pemimpin boleh dijadikan teladan dan mampu menguruskan negara dengan lebih teliti.

Sanusi pada 25 Sept membuat permohonan keampunan secara terbuka kepada Sultan Sharafuddin berikutan insiden yang berlaku di Selangor melibatkan baginda serta kerajaan negeri.

Beliau, yang juga Pengarah Pilihan Raya PN, berbuat demikian setelah lebih setahun membuat kenyataan yang menimbulkan kemurkaan pihak istana. Sebelum ini, Sanusi pernah membuat permohonan maaf kira-kira tiga hari selepas insiden melibatkan kerajaan Selangor.

Kenyataan Sanusi yang dibuat di Selayang itu juga menyaksikan lebih 20 laporan polis dibuat ke atasnya, termasuk daripada Dewan Diraja Selangor sendiri.

BACA: Keliru fungsi CCRIS dengan CTOS? Rupanya ramai yang ingat ada kuasa ‘blacklist’