Tayar pecah sebab jalan berlubang? Ini cara claim dengan JKR ramai tak tahu

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Bagi anda yang tidak tahu, tuntutan kerosakan kenderaan akibat jalan rosak boleh dilakukan untuk mendapatkan pampasan

Daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab atas penyelenggaraan jalan tersebut.

Pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan jika kenderaan mereka mengalami kerosakan disebabkan o

leh jalan berlubang, retak, atau permukaan jalan yang tidak rata.

Berikut adalah cara untuk membuat tuntutan kerosakan kenderaan akibat jalan rosak:

Tayar pecah sebab jalan berlubang? Ini cara claim dengan JKR ramai tak tahu

1. Proses Dokumentasi

Anda perlu mendokumentasikan lokasi kejadian dan lubang yang menjadi punca kemalangan sebagai lampiran bersama surat permohonan pampasan kerugian.

Jabatan yang diminta perlu menyediakan:

-Peta lokasi kejadian: Pastikan jalan tersebut jelas. Anda boleh menggunakan Google Maps untuk menandakan lokasi kejadian.

-Link lokasi: Sertakan pautan untuk diakses oleh pihak jabatan.

-Gambar kerosakan jalan: Tunjukkan gambar yang ditandakan sebagai punca kemalangan.

-Gambar kerosakan berkaitan: Ambil gambar yang menunjukkan keadaan jalan.

-Gambar semasa kejadian: Tangkapan keadaan jalan dan cuaca pada waktu kejadian.

-Gambar kerosakan kenderaan: Ambil gambar kerosakan kenderaan atau komponen yang disahkan rosak. Anda boleh menggunakan gambar sendiri atau gambar dari pihak Polis Trafik, tetapi perlu membayar untuk salinan laporan kemalangan di kaunter PDRM.

-Resit pembaikan: Sertakan resit pembaikan atau sebut harga dari bengkel.

2. Bukti Sokongan

Adalah penting untuk merekod laporan kerosakan jalan raya. Laporan ini perlu dibuat pada tarikh yang ditentukan, contohnya 6 Nov 2023. Pastikan untuk merekodkan jalan dan lokasi yang sama. Jangan takut atau malas untuk membuat aduan; ambil inisiatif dan jangan berharap orang lain akan melakukannya untuk anda.

3. Surat Memohon Ganti Rugi Kerosakan

Sekiranya tuntutan dibuat kepada pemilik laluan yang terdiri daripada Jabatan Kerja Raya, anda sebagai mangsa perlu menulis surat memohon ganti rugi.

Dalam surat tersebut, sertakan butiran berikut:

-Tarikh dan masa kejadian
-Keterangan kejadian
-Jenis kenderaan dan kerosakan yang dialami
-Lampiran bergambar peta lokasi kejadian, kerosakan jalan, dan gambar kerosakan kenderaan
-Lampiran resit pembaikan atau sebut harga pembaikan
-Sertakan juga laporan polis sebagai bukti kukuh bahawa laporan telah dibuat secara rasmi.

Format surat adalah surat rasmi. Anda tidak disarankan untuk menggunakan format surat tidak rasmi kerana berurusan dengan pihak Jabatan.

Nyatakan tujuan utama anda, iaitu untuk mendapatkan pampasan, memperbaiki jalan, dan menyatakan niat untuk membawa kes tuntutan ke mahkamah sivil.

Buat dua salinan surat; satu untuk pihak jabatan dan satu lagi untuk simpanan anda sendiri. Pastikan salinan anda telah dicop dan ditandatangani oleh pihak Jabatan sebagai bukti penerimaan.

BACA: Happy Birthday Khairul Aming! sekali button ‘Walaming’ pula tarik perhatian netizen