Fattah Amin persoal kenapa fail cerai sehari sebelum hari lahirnya

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Fattah Amin, 33, hanya diiringi peguamnya, Zulkifli Che Yong, dan kelihatan tidak bermaya

ketika memberi keterangan kepada media mengenai perasaannya ketika ini.

Dia seolah-olah ingin menzahirkan situasi yang dilalui apabila berdepan

Dengan permohonan cerai daripada isterinya yang masih disayanginya.

Tanpa bercakap panjang, Fattah menyerahkan kepada peguamnya untuk memperincikan kes permohonan cerai yang difailkan oleh Nur Fazura dalam kamar mahkamah.

Fattah Amin persoal kenapa fail cerai sehari sebelum hari lahirnya

“Tentu ada rasa sedih. Tolong faham diri saya. Itu sahaja, terima kasih. Teruskan doa yang baik-baik,” ujarnya sebelum beredar menuju ke kereta.

Fattah yang mengenakan kemeja putih lengkap bersongkok, bergerak pulang beberapa minit selepas rombongan isterinya meninggalkan mahkamah.

Apabila ditanya mengenai permohonan cerai yang difailkan Nur Fazura sehari sebelum ulang tahunnya, Fattah meminta agar persoalan tersebut diajukan kepada pihak lain.

“Itu tak boleh tanya saya kenapa sehari sebelum,” ujarnya.

Pada 13 September lalu, Nur Fazura, yang nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di mahkamah yang sama.

Dalam sebutan kes permohonan perceraian itu, mahkamah meminta pasangan selebriti tersebut menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.

BACA: Semboyan ‘koyak’ dikaitkan dengan GISBH, Yusuf Azmin seru Caprice keluar ‘gua’