Hidung baharu tak sesuai, Zarina Anjoulie rancang nak tukar dengan yang lain?

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Hidung baharu yang tidak sesuai dengan penampilan, selebriti sensasi Zarina Anjoulie,

atau mesra dipanggil Anju, telah merancang untuk membuang implan tersebut pada hujung tahun ini.

Zarina, yang nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, menyatakan bahawa dia tidak berpuas hati

Dengan hidung baharu yang ditaja, tetapi merasakan ia sudah tidak serasi dengan penampilan asalnya.

“Sebenarnya, saya rasa rupa baharu ini bukanlah diri saya yang sebenar

Hidung baharu tak sesuai, Zarina Anjoulie rancang nak tukar dengan yang lain?

. Nanti, pada hujung tahun, jika saya sudah bosan, saya akan buka implan hidung ini dan kembali ke bentuk asal.

Bukanlah hidung baharu ini tak cantik; mereka buat dengan cantik dan saya suka dengan hasilnya. Cuma, saya rasa ini bukan diri saya,” katanya.

“Jika tidak dibayar, saya tidak akan tadah hidung di sana. Prosesnya mengambil masa dua jam dan saya ditidurkan.

Selepas sedar, proses jahitan agak sakit. Sekarang pun saya masih dalam proses pemulihan,” tambahnya.

Nasihatnya kepada mereka yang berminat adalah untuk berjumpa dengan doktor yang diiktiraf dan elakkan diri daripada menjadi mangsa kepada juru kecantikan tidak bertauliah.

“Kalau bukan sebab saya pun, orang tetap akan pergi buat pembedahan kecantikan, dan ramai yang ditipu sehingga perlu membuang payudara dan mengalami pelbagai komplikasi lain,” katanya.

BACA: ‘Minggir lu miskin!’ IShowSpeed hina peminatnya di Indonesia