Setiap bulan, komitmen yang perlu kita penuhi adalah melunaskan hutang, terutamanya hutang rumah dan kenderaan.
Inilah pembayaran yang wajib diselesaikan, selain perbelanjaan lain.
Namun, pernahkah anda perasan bahawa apabila menerima penyata bank tentang baki pembiayaan rumah, ia seakan tidak bergerak?
Sedangkan kita membayar hutang itu setiap bulan. Bukan hanya setahun dua, tetapi bertahun-tahun, bakinya tetap lebih kurang sama.
Mungkin juga kerana tempoh pembayaran rumah yang memakan masa antara 25 hingga 30 tahun, jadi kita terpaksa membayar dividennya terlebih dahulu.
Penat untuk melunaskan hutang yang mengambil masa bertahun-tahun. Entah sempat atau tidak.
Langsaikan Hutang Rumah dari 30 Tahun ke 12 Tahun
Kali ini, Faizal Rahmat berkongsi cara untuk melunaskan hutang rumah dari 25 atau 30 tahun kepada hanya 12 tahun. Ini adalah berdasarkan pengalamannya sendiri.
Keuntungannya, setelah selesai membayar hutang, kita boleh membeli rumah baru dan menyewakan rumah yang ada. Dapatlah ‘pendapatan pasif’. Inilah cara yang beliau lakukan.
“Pernahkah anda perasan, walaupun sudah lebih 10 tahun membuat pembayaran bulanan rumah kepada bank, baki pembiayaan tidak juga berganjak? Geram kan bila melihat penyata banknya?”
Berikut adalah cara bagaimana saya melunaskan hutang rumah pertama saya dalam tempoh 12 tahun, sedangkan perjanjian asal adalah 25 tahun (saya pilih 25 tahun berbanding 30 tahun).
Ilmu ini saya perolehi dari bacaan buku mentor kewangan, Azizi Ali. Mengikut cara beliau, hutang dapat dilunaskan dalam 5 tahun. Pada awalnya, saya juga berfikir cara beliau tidak logik. Namun, saya cuba juga… Jika tidak dapat diselesaikan dalam 5 tahun, 12 tahun pun sudah memadai.
1. Bayar Lebih Bulanan – Setiap bulan, saya akan membayar tambahan RM100-150 kepada bank. Tetapi jika tiada lebihan, saya bayar mengikut arahan bank sahaja. Jangan stres!
2. Bayar Lebih Tahunan – Dulu, syarikat selalu memberikan bonus tahunan. Duit bonus ini saya gunakan untuk membayar lebih kepada bank. Kebiasaannya orang membayar 12 bulan, tetapi saya bayar 13-14 bulan. Dengan membayar lebih, hutang lebih cepat selesai!
3. Bayar Guna KWSP – Tip ini sangat membantu. Saya mengeluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk mengurangkan baki pembiayaan.
Di sini biasanya terdapat sedikit drama dengan pihak bank. Sila maklumkan kepada mereka bahawa kita mahu membayar “principal” terus. Barulah kita yang untung!
BACA: Ramai lupa cek nombor akaun syarikat travel umrah, ini 6 ‘checklist’ tunai umrah ramai patut tahu