Ramai rakyat Malaysia tersangkut di Imigresen London, rupanya ramai tak hafal benda ini

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Melancong ke luar negara pasti menjadi impian ramai orang, bukan hanya untuk bersiar-siar

Tetapi juga untuk mengenali budaya asing yang berbeza dengan Malaysia.

Namun, melepasi pemeriksaan kastam bukanlah perkara mudah.

Di sesetengah negara, pelbagai soalan akan ditanya sebelum melepasi imigresen.

Jika tidak bernasib baik, anda mungkin ditahan selama berjam-jam sebelum dibenarkan masuk ke negara tersebut.

Ramai rakyat Malaysia tersangkut di Imigresen London, rupanya ramai tak hafal benda ini

Baru-baru ini, tular di TikTok (@themohdafiq) apabila seorang pemandu pelancong, Mohd Afiq, berkongsi pengalamannya di London, United Kingdom (UK).

Menurutnya, ramai golongan muda ditahan dan tidak melepasi imigresen di Lapangan Terbang Gatwick London atas pelbagai sebab.

Kebanyakan individu tidak melepasi imigresen kerana gagal menjawab soalan dengan baik, menyebabkan pihak berkuasa curiga dengan tujuan sebenar kunjungan mereka.

Jika bernasib baik, mereka akan dilepaskan selepas disiasat, namun ada juga yang diarahkan pulang ke tanah air.

Menyedari hal ini, Afiq berkongsi beberapa tips penting untuk memudahkan urusan di imigresen bagi mereka yang ingin melancong ke luar negara:

1. Pastikan Pasport Tidak Kosong

Pastikan pasport anda mempunyai cop perjalanan, kerana imigresen akan memeriksa setiap halaman. Bagi mereka yang pertama kali melancong, sediakan dokumen lengkap tentang perjalanan sebagai persediaan.

2. Hafal Itinerari Perjalanan

Imigresen mungkin bertanya tentang itinerari perjalanan anda. Oleh itu, penting untuk menghafal maklumat penginapan dan lokasi yang akan dilawati.

3. Memakai Pakaian Kemas

Pastikan berpakaian sopan dan kemas bagi mengelakkan tanggapan bahawa anda ke sana untuk bekerja secara haram.

4. Sediakan Duit Tunai

Walaupun ramai yang lebih selesa dengan pembayaran tanpa tunai, sediakan duit tunai secukupnya kerana imigresen mungkin bertanya jika anda membawa tunai untuk memastikan tujuan sebenar anda adalah melancong.

5. Kekalkan Rekod Perjalanan Baik

Rekod perjalanan yang baik tanpa pelanggaran undang-undang imigresen boleh membantu meningkatkan kredibiliti anda sebagai pelancong yang mematuhi peraturan.

Pengalaman di London

Beberapa individu mengesahkan bahawa penguatkuasaan di London agak ketat, terutamanya bagi golongan muda yang melancong secara solo. Mereka perlu menyediakan itinerari hotel, tiket penerbangan, dan pengangkutan dengan baik.

Mohd Afiq juga menasihati pelancong untuk membawa pasport baru sahaja jika sudah diperbaharui.

Tips Tambahan untuk Pelancong Kali Pertama:

-Elak tempah tiket penerbangan pada saat terakhir.

-Cari penginapan yang berdekatan dengan pengangkutan awam.

-Perbaharui pasport jika sudah tamat tempoh.

-Dapatkan suntikan vaksin untuk mengelakkan penyakit.

-Ambil insurans perjalanan.

-Tukar mata wang asing secukupnya.

-Cetak e-tiket untuk kegunaan kecemasan.

BACA: Ramai lupa cek nombor akaun syarikat travel umrah, ini 6 ‘checklist’ tunai umrah ramai patut tahu