‘Pasar Ikhwan di Putrajaya..’ Ini cara lupakan lagu Abuya yang bermain di kepala

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Duduk tanpa buat apa-apa, tiba-tiba teringat dengan rentak dan lagu tertentu. Susah juga, kan?

Fenomena ini dikenali sebagai ‘earworm’. Menurut USA Today, earworms adalah ketika lagu berputar dalam fikiran kita

Ia berlaku apabila kita mendengar irama lagu yang mudah diingat, mempunyai tempo yang pantas, dan lirik yang berulang.

Profesor Psikologi Eksperimen di Universiti Reading, Philip Beaman, menyatakan bahawa fenomena ini berlaku pada tahap individu sahaja.

Lagu-lagu yang terlekat dalam kepala seseorang tidak semestinya melekat pada orang lain.

'Pasar Ikhwan di Putrajaya..' Ini cara lupakan lagu Abuya yang bermain di kepala

Jika anda pernah mengalami fenomena earworm, tip di bawah mungkin berkesan untuk mengatasinya:

Mengunyah Gula-Gula Getah

Jika lagu tersebut terus bermain dalam fikiran, cubalah mengunyah gula-gula getah. Kajian menunjukkan bahawa mengunyah gula-gula getah dapat mengganggu pengalaman mendengar lagu.

Selain itu, ia juga menghalang keupayaan seseorang untuk mengingati perkataan dari memori jangka pendek mereka.

Ini kerana pergerakan mulut semasa mengunyah menggunakan bahagian otak yang sama yang digunakan untuk ingatan jangka pendek, menjadikannya lebih sukar untuk mengingat lagu yang baru didengar.

Dengarkan Keseluruhan Lagu

Menikmati keseluruhan lagu yang berputar di kepala juga dapat membantu menghilangkan rangkap-rangkap lagu yang ‘terperangkap’.

Mendengar Lagu Lain atau Perbualan

Mendengar lagu-lagu lain dengan lebih kerap atau mendengar celoteh penyampai radio juga dapat membantu

. Dengan mempelbagaikan lagu yang didengar, ia menjadi lebih sukar untuk sesebuah lagu melekat dalam kepala.

Jika anda tidak mahu mendengar lagu lain, cuba lakukan aktiviti berbeza yang memerlukan otak berfikir, seperti bermain permainan puzzle. Ini akan memfokuskan otak kepada permainan tersebut dan mungkin membantu anda melupakan lagu yang sedang bermain.

Kaedah lain yang boleh digunakan adalah bertahan dan membiarkan lirik lagu itu pudar dari ingatan seiring berlalunya waktu.

Kadang-kadang, apabila kita berusaha terlalu keras untuk melupakan sesuatu, ia akan membuatkan ingatan kita terhadap perkara tersebut semakin kuat.

BACA: Terengganu raih RM40 juta hasil himpunan RXZ members? Rupanya ini yang dibelanjakan peserta himpunan