‘Dia bayar 7 keping duit kemboja’ Pemilik gerai dedah berapa ishowspeed bayar untuk sebungkus burger special

Oleh DAHLIA MARZUKI

YouTuber terkenal dari Amerika Syarikat, iShowSpeed, baru-baru ini singgah di Kuala Lumpur sempena siri jelajahnya ke negara-negara Asia Tenggara.

Menerusi siaran langsung di saluran YouTube-nya, Speed dilihat meluangkan masa berjalan-jalan di sekitar ibu negara.

Kehadirannya mendapat sambutan meriah dan luar biasa daripada warga tempatan.

Semasa di ibu kota, dia dibawa meneroka pelbagai tarikan di Kuala Lumpur, termasuk mencuba beberapa juadah tempatan.

Selain dijemput untuk menikmati durian, Speed juga berpeluang mencuba burger ikonik Malaysia, iaitu burger Ramly.

'Dia bayar 7 keping duit kemboja' Pemilik gerai dedah berapa ishowspeed bayar untuk sebungkus burger special

Ketika kali pertama mencuba burger Ramly, Speed kelihatan sangat teruja dan memuji keenakan makanan jalanan itu.

Dek kerana kesedapan burger tersebut, Speed dilaporkan memberikan wang tunai melebihi harga sebenar burger yang dipesan.

Baru-baru ini, pemilik gerai Bob’s Burger mendedahkan nilai bayaran yang diterima daripada Speed untuk burger tersebut. Pendedahan itu dibuat menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok @syokgeng.

Menurut pemilik gerai, Speed tidak membayar harga burger dengan mata wang Ringgit Malaysia atau dolar AS, sebaliknya menggunakan mata wang Riel Kemboja (KHR).

“Dia bagi saya beberapa keping duit, ada dalam 7 keping dan sekeping bernilai 50,000 KHR. Jadi cuba anda kira berapa nilainya,” kata lelaki itu.

Pemilik gerai burger itu sempat berseloroh dengan menjelaskan bahawa burger di gerainya masih dijual dalam mata wang Malaysia.

“Jangan risau, boleh datang,” gurau pemilik gerai burger itu.

BACA: Hati wanita ini bagai dirobek melihat kebaikan suami, terpaksa pura-pura