Penentuan nasab bagi sebahagian kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal yang dikaitkan
Dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) melalui Op Global pada 11 September lalu adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Negeri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar,
Berkata isu utama dalam permasalahan nasab tersebut adalah bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Tidak dapat mendaftarkan kanak-kanak itu tanpa dokumen yang menunjukkan mereka dilahirkan daripada satu perkahwinan yang sah.
“Jadi, hakim Mahkamah Syariah akan menilai keterangan secara lisan dan aspek dokumentasi terlebih dahulu sebelum dapat menentukan sama ada wujud perkahwinan sah mengikut hukum syarak.
“Selepas proses itu, jika perkahwinan dapat disahkan, Jabatan Agama Islam Negeri akan mengeluarkan sijil pernikahan ibu dan bapa kanak-kanak tersebut, membolehkan mereka didaftarkan dan seterusnya JPN boleh mengeluarkan sijil kelahiran yang sah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Sempena Tamat Operasi Haji Musim 1445 Hijrah di sini hari ini.
BACA: Apa hukum termakan makanan dari masakan kumpulan ajaran sesat, ini jawapan Ustaz