Sebagai ibu bapa pastinya mahu memberikan sokongan buat minat anak tidak kiralah di bidang mana sekalipun.
Begitu juga buat penyanyi Mawi yang tak menghalang anaknya Cahaya Malaika daripada memasuki industri seni di masa hadapan.
Jelas penyanyi berusia 43 tahun, anaknya yang kini berusia 12 tahun dibenarkan untuk masuk
Dalam dunia hiburan dan hanya berpesan untuk menjadi anak seni yang baik.
Bagi Mawi juga, Cahaya adalah individu yang banyak mengajarnya mengenai media sosial dan untuk melakukan siaran langsung lapor Harian Metro.
“Kalau dia nak masuk bidang seni, saya tak ada masalah. Cuma, jadilah artis yang baik.
“Di TikTok, anak saya yang ajar dan buatkan. Tak sangka impak TikTok ini lebih dahsyat. Dia ajar saya banyak benda di TikTok.
“Bila buat siaran langsung dengan dia, lebih ramai penonton daripada saya buat seorang diri. Kalau saya buat siaran langsung di Facebook dan Instagram, ramai menonton.
“Dia tak nak menyanyi, tapi saya nampak dia suka mengacara. Dia ada bakat yang bersahaja,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Pada masa sama, Mawi berkongsi Cahaya memiliki bakat sama sepertinya iaitu pandai melukis.
“Dia pandai melukis juga. Saya pun sewaktu muda-muda dahulu boleh melukis dan saya pernah bekerja sebagai pelukis untuk tanda harga berskala besar di pasar raya.
“Sampai sekarang pun kalau minta saya buat, saya masih boleh buat,” tambahnya.
Baca juga: ‘Nama hampir sama, susah nak tahu jantina’ Rupanya dah jadi trend daftar nama anak tiada bin/binti