Wanita dakwa kena ‘skodeng’ dengan owner homestay di Kelantan siap nampak kamera telefon di tingkap tandas

Oleh AHMAD SULAIMAN

Seorang wanita dakwa diintai pemilik homestay (rumah inap) di Kota Bharu, Kelatan sempena cuti umum, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tular di TikTok, dia yang dikenali Faten Wahida berkata, pada awalnya mereka tidak menghadapi

segala masalah ketika tiba di rumah inap setelah 18 jam tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

Bagaimanapun, segalanya pada waktu malam ketika ahli keluarga yang lain keluar pergi mencari barang di Wakaf Che Yef kecuali dia bersama ibu bapa sahaja di rumah inap tersebut.

Namun, apa yang menarik perhatiannya apabila dia ternampak sesuatu yang amat mencurigakan di tingkap tandas rumah inap terbabit sebelum membersihkan diri.

Wanita dakwa kena ‘skodeng’ dengan owner homestay di Kelantan siap nampak kamera telefon di tingkap tandas

Dakwanya, dia melihat kamera telefon bimbit di tingkap tandas tersebut selain ada seseorang mengambil gambarnya dalam keadaan tidak ‘sopan’.

Dia kemudiannya menjerit memanggil ibu dan menelefon abangnya bagi memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

“Abang aku pula telefon pemilik rumah tu cakap ada orang mengintai aku kat tandas.

“Iyalah, pemilik rumah tu berada di sebelah homestay kami inap sahaja,” kongsinya.

Selepas mengadu, pemilik rumah inap itu turut terkejut dan memaklumkan perkara sebegitu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Bagaimanapun, abang kepada wanita itu bertindak untuk memeriksa telefon bimbit pemilik rumah berkenaan dan mendapati kamera belakang telefon gajet itu adalah sama.

Jelasnya, mereka tiada niat untuk menjatuhkan perniagaan seseorang, namun dibuat atas dasar kasihan pada mangsa-mangsa sebelum ini dan akan datang.

“Dia masih tak mengaku tahu waktu ini.

“Mak aku cakap, ‘demi Allah awak tak buat?’ Dia tukar topik lain. Asyik ulang bisnes dia sahaja.

“Aku ni bukan nak tutup periuk nasi dia, aku tahu dia pun cari rezeki melalui rumah itu. Tapi janganlah sampai tangkap gambar orang di tandas,” luahnya.

Wanita itu juga mendakwa pemilik rumah tersebut seorang yang ‘psiko’ kerana menelefon abangnya berkali-kali dan memberitahu tidak boleh tidur.

Dikesempatan itu, orang ramai diingatkan agar berhati-hati sebelum membuat tempahan rumah inap desa di sesuatu tempat.

Orang ramai juga dinasihat untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu terutama di tandas bagi memastikan semuanya dalam keadaan selamat sebelum didiami.

BACA: Rupanya ini asal usul crab stick buat ramai kembang tekak bila tahu kaedah pembuatannya