‘Nama hampir sama, susah nak tahu jantina’ Rupanya dah jadi trend daftar nama anak tiada bin/binti

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Ramai di antara kita mungkin pernah menghadapi masalah apabila nama yang tertera

pada tiket penerbangan tidak betul, yang akhirnya memaksa kita untuk membayar lebih untuk membuat penukaran.

Akibat daripada masalah ini, banyak ibu bapa muda memilih untuk tidak meletakkan bin/binti pada nama anak mereka semasa pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara.

Seorang pengguna Twitter yang terkejut dengan isu ini telah mengemukakan soalan mengenai kelebihan membuang bin/binti dari nama anak.

Kebanyakan responden menjelaskan bahawa tujuan utama adalah untuk memudahkan urusan perjalanan ke luar negara.

'Nama hampir sama, susah nak tahu jantina' Rupanya dah jadi trend daftar nama anak tiada bin/binti

Status agama anak tidak menjadi isu kerana ia sudah dinyatakan dalam surat beranak dan kad pengenalan.

Namun, proses ini bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan alasan yang kukuh untuk membuang bin/binti dari nama.

Tambahan pula, pada zaman kini, nama anak sering kali sangat unik dan berciri barat sehingga sukar untuk menentukan jantina pemilik nama tersebut.

BACA: ‘Setia ke hujung nyawa’ Warga emas usia 92 tahun menangis, isteri kesayangan meninggal selepas 72 tahun hidup bersama