Seorang warga emas menangis hiba apabila isteri tercintanya meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas 72 tahun hidup bersama.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Irni Ismail, kelihatan warga emas tersebut
Dia tidak dapat menahan kesedihan semasa proses pengebumian isterinya di tanah perkuburan.
Irni, yang dipercayai cucu kepada warga emas itu, tidak mendedahkan punca kematian neneknya,
namun berharap datuknya terus tabah menghadapi ujian hidup.
“Nini Laki (datuk) berusia 92 tahun, kehilangan isteri tercintanya, Nini Bini (nenek), yang berusia 90 tahun pada hari Rabu, 11 Muharram 1446H/17 Julai 2024.
“Mereka telah hidup bersama selama 72 tahun. Semoga Nini Laki tabah menghadapi dugaan ini dan diberikan kekuatan serta kesabaran dalam meneruskan baki kehidupan,” katanya, yang dipercayai berasal dari Brunei.
Di ruangan komen, ramai netizen turut bersimpati terhadap warga emas tersebut yang kehilangan insan tercinta setelah melalui pelbagai suka duka bersama.
Ramai juga menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga arwah dan berharap arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
BACA: Peguam maklum ‘Abang Bas’ tak tahu makna perkataan crush, sekali lain pula respon netizen