Calon Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota,
Mohamad Haizan Jaafar, yang dikenali sebagai Coach Haizan, mengakui bahawa tempoh 14 hari berkempen
lebih memenatkan berbanding bermain bola sepak.
Mohamad Haizan, 61, yang merupakan bekas pemain bola sepak Johor dan dikenali dengan mesra sebagai ‘Coach Haizan’,
berasal dari Layang-Layang, Renggam. Beliau juga memiliki kelulusan Diploma Kecergasan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
PRK DUN Mahkota diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, yang meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom pada 2 Ogos.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 28 September, manakala undi awal pula pada 24 September
BACA: ‘Saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan segera diambil’ Agong titah siasat GISBH