Generasi sekarang hilang ‘common sense’, tak boleh ikut masa temu duga

Oleh AHMAD SULAIMAN

Bawa ibu bapa datang teman sehingga ke bilik temu duga ini jarang sekali kita dengar lebih-lebih lagi bagi generasi yang lahir sebelum tahun 2000.

Bawa ibu bapa adalah perkara yang dilarang yang boleh menyebabkan seseorang itu gagal dalam sesi temuduganya.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Danial Arif, dia memberitahu sememangnya

ada anak-anak muda zaman sekarang yang tidak tahu ibu bapa tidak boleh datang menemani calon semasa temuduga.

Menurutnya, walaupun hal itu merupakan pengetahuan asas (common sense) yang sepatutnya semua tahu, tetapi generasi sekarang memang ramai yang tidak tahu berkenaan hal itu.

Generasi sekarang hilang ‘common sense’, tak boleh ikut masa temu duga

Kadang-kala bukan salah si anak, tetapi salah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak sampai mereka mahu ke temuduga pun ibu bapa nak ikut.

Dia turut menyertakan satu tangkap layar yang dijumpainya dari laman TikTok kerjakosong2022 yang memaparkan beberapa komentar dari pengguna media sosial yang tidak mengetahui bahawa ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke bilik temuduga.

“Jangan terkejut ya… ada anak-anak muda zaman sekarang tak tahu pun masa interview tak boleh bawa mak. Bagi kita benda ni sebenarnya macam common sense je.

“Tapi, bagi manusia generasi muda sekarang, tak semua tahu bab ni. Saya jumpa satu video ni dekat TikTok… pasal perkara yang dilarang masa hadir temuduga kerja.

“Ada yang tanya ‘kenapa tak boleh bawa mak?’. Perkara ni kita tak boleh kecam si tukang tanya. Kita kena kaji apa punca kenapa orang muda sekarang ada segelintir manja dan tak boleh berfikir dengan betul.

“Kalau baca salah satu screenshot tu pun, anda akan perasan puncanya kadang-kadang ada mak ayah sendiri yang terlebih manjakan anak… Sampai anak nak pergi interview pun nak ikut juga.

“Kalau setakat ikut dan tunggu dekat kereta/lobi… okay je lagi. Tapi ni ikut masuk interview,” katanya.

Dua tahun lepas pengendali akaun kerjakosong2022 ada berkongsikan satu panduan kepada pemburu kerja agar tidak melakukan beberapa larangan ketika dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga bersama bakal majikan.

Antaranya, calon tidak dibenarkan untuk memakai selipar, sentiasa menyediakan pen, jangan duduk suka-suka hati tanpa adab, bawa dokuman yang lengkap, jangan datang lambat, jangan bawa perangai ‘kekwat’ dan tidak membawa ibu bapa memasuki bilik temu duga.

Bagaimanapun, menerusi beberapa reaksi diterima di TikTok itu, ada yang tertanya mengapa mereka tidak dibenarkan membawa ibu ke sesi temuduga dan mendakwa mereka tetap dapat kerja biarpun ibu ada bersama.

Ada juga yang memberitahu bukan mereka yang ingin ibu ikut bersama, tetapi ibu sendiri yang berkeras ingin menemani ke bilik temuduga.

Mak sampai tolong jawab bagi pihak anak

Sementara itu, pemuda berkenaan menasihatkan bahawa budaya “Helicopter Parenting” tidak sihat kerana ibu bapa hanya akan membesarkan anak-anak yang tidak dapat survive dalam kehidupan sebenar.

Baca juga: Penumpang dedah taktik licik pencuri dalam pesawat, nasib baik kru dan polis