Raih pendapatan RM4 billion setahun, rupanya ini 2 kerja Shah Rukh Khan selain berlakon

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Semua pasti mengenali Shah Rukh Khan, individu yang telah berkecimpung dalam dunia Bollywood selama lebih tiga dekad.

Dari filem “Deewana” hingga “Dunki,” beliau telah mengisi dunia pawagam dengan pelbagai cerita dan genre yang berbeza.

Pada tahun 2024, kekayaan bersih Shah Rukh Khan yang luar biasa telah mengukuhkan statusnya sebagai salah seorang individu terkaya di India.

Dengan kekayaan melebihi RM4 bilion, pelakon Bollywood ini telah membuktikan kejayaannya tidak hanya terhad kepada dunia perfileman.

Pada tahun lepas sahaja, nilai bersih SRK dilaporkan melebihi RM3 bilion.

Raih pendapatan RM4 billion setahun, rupanya ini 2 kerja Shah Rukh Khan selain berlakon

Sebahagian besar daripada peningkatan kekayaan Shah Rukh adalah hasil daripada perniagaannya.

Pemilikan beliau terhadap pasukan kriket Kolkata Knight Riders, juara IPL (Indian Premier League), dan syarikat penerbitan filemnya, Red Chillies Entertainment, memainkan peranan penting dalam membina kekayaannya.

Menurut Intepseleb, kedua-dua perniagaan ini merupakan penyumbang utama kepada kejayaan kewangan Shah Rukh Khan, menjadikannya salah seorang individu terkaya di India.

Shah Rukh Khan juga telah mengatasi beberapa bintang Bollywood lain dalam senarai kekayaan, termasuk Juhi Chawla dan keluarganya, Hrithik Roshan, Amitabh Bachchan dan keluarganya, serta Karan Johar.

Selain itu, beliau turut tersenarai dalam Forbes sebagai salah seorang pelakon berpendapatan tertinggi di India untuk tahun 2024.

BACA: Penumpang dedah taktik licik pencuri dalam pesawat, nasib baik kru dan polis