Melalui hantaran di laman Facebook JAKIM, semakan yang dilakukan menerusi Portal Halal Malaysia mendapati produk tersebut tidak mempunyai SPHM yang sah.
“Tindakan ini melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
“Kesalahan tersebut menyatakan bahawa semua makanan dan barangan tidak boleh digambarkan sebagai halal
atau seolah-olah boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam, melainkan diperakui halal oleh pihak berkuasa berwibawa dan ditandakan dengan logo sebagaimana dinyatakan dalam perintah tersebut,” kata JAKIM.
Susulan itu, JAKIM telah berhubung dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Jabatan Agama Islam Negeri-negeri untuk mengambil tindakan segera.
“Jika didapati berlaku penyalahgunaan sijil atau logo halal pada produk, syarikat berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah akta yang disebutkan.
“Kecuali jika ia diperakui halal oleh pihak berkuasa dan ditandakan dengan logo halal sebagaimana dinyatakan,” tambahnya.
Sebelum ini, Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) di media sosial telah memuat naik hantaran yang mempersoalkan kesahihan logo halal JAKIM yang terdapat pada produk roti syarikat tersebut.
Mereka yang mempunyai sebarang aduan berkaitan penyalahgunaan logo halal atau pemalsuan sijil pengesahan halal boleh mengemukakan aduan melalui emel rasmi ke [email protected] untuk tindakan lanjut.
BACA: Penghantar makanan terkejut pelanggan melayu suka pesan makanan dari kedai tak halal