Setiap bulan bagi nafkah 3000 tapi isteri tetap suka minta cerai. Saya seorang suami yang gagal didik dan bimbing isteri.
Pada 23hb feb baru ni, isteri baru sahaja minta cerai lagi. Pagi tu, kami agak busy sebab ada family gathering.
So, malam sebelum tu, disebabkan saya tak clearkan sinki, and saya ada makan seketul ayam goreng, maka saya dihenyak dengan
kata – kata yang sangat meny4kitkan hati. Itu pun sebab sepanjang minggu tu, saya bekerja di site (construction).
Terlalu letih, terlalu panas. Sampai mengelupas kulit muka saya. Bila balik, dalam keadaan lapar, saya tengok takde nasi.
Hanya ada seketul ayam goreng dalam fridge maka saya makan untuk mengisi perut. Kesudahannya, saya diherdik kerana anak – anak saya kelaparan katanya sedangkan ayamnya hanya satu sebelum sempat saya nak menjelaskan apa yang jadi.
Malam sebelum tu, saya hanya mampu untuk mengangkat baju dari ampaian, sidai baju dan lipat baju saja. Kemudian saya tertidur kerana terlalu letih. Disebabkan saya diherdik, dalam keadaan emosi saya masih tidak stabil, saya ada meninggikan suara pada isteri mengatakan “kalau dah susah sungguh, awak pergi je lah seorang ke family gathering awak tu”.
Tapi melihat desakan dan tangisan dari anak saya yang mengatakan dia ingin sangat untuk ke sana, (mandi pool, main bersama cousin nya), maka saya diam seribu bahasa sambil diherdik. Dalam keadaan tu, isteri macam biasa, di ambil phone nya, dan tekan record audio katanya untuk tujuan bukti di mahkamah yang mengatakan saya bukan suami yang baik yang mana selalu s4kitkan hatinya.
Sebelum ni, ada dia berkata pada pendamai mahkamah syariah, saya selalu “m4ki hamun” nya. Sekarang tak lagi tapi dik4tanya saya selalu s4kitkan hatinya. Tidak menjaga hatinya dan tersiksa sepanjang kahwin dengan saya.
Malam sebelum tu juga, isteri menolak lagi ajakan saya untuk bersama untuk sekian kalinya. Kali terakhir kami bersama adalah pada bulan December. Selepas dari itu, hanyalah hubungan suami isteri yang biasa dilakukan ketika isteri datang haid.
Jiwa saya meronta. Hati saya selalu mengatakan, aku da buat segalanya, isteri aku hanya perlu beri aku keperluan batin aku, tapi kenapa susah aku nak dapat. Baru semalam terdetik di hati, isteri baru buang implant yang menghalang pregnancy nya bulan January.
Maka tidak hairanlah dia akan berusaha menolak ajakan saya setiap kali mungkin kerana tidak mahu mengandung lagi even saya telah berjanji akan hormat keputusannya. Dihari tu, dih1nanya saya, mengatakan dia memang nak anak lagi tapi bukan dengan saya (saya memang minta sekurangnya anak nak 3), tapi dia nak anak dengan orang lain bukan dengan saya atas alasan dia tr4uma dengan saya.
Untuk makluman, isteri tidak bekerja, namun meletakkan tanggungjawab menjaga anak, mengurus rumah, adalah tanggungjawab suami. Sehinggakan perlu sediakan makanan “ready to eat” pada isteri. Maka setiap perkara yang dia buat, perlu diberi upah jika tidak akan dikira hutang sampai kiamat.
Upah ini tidak sama dengan nafkah. Bagi isteri, duit bulanan tu juga adalah berbeza dari nafkah – nafkah lain. Sungguh tersinggung saya dengan ayat ni. H1na sungguh saya di matanya. Masa saya sedang basuh segala pinggan mangkuk di sinki, dia letak phonenya di sebelah mulut saya.
Saya faham tujuannya hanya untuk pr0voke saya. Bagi saya, walau g4duh macam mana pun, tak perlu untuk sebut tentang cerai. Ini dah kali ke berapa ratus pun saya tak mampu nak kira dah. Dalam keadaan saya yang dipenuhi rasa marah sambil cuba menahan sabar, saya tertempis phonenya sehingga terpelanting jatuh ke lantai.
Untuk makluman, isteri memang sangat – sangat sayangkan phone nya tu. Belum pernah lagi dia jatuhkan phone tu. Demi Allah, saya tidak sengaja. Saya tak sangka sampai boleh tercampak jatuh ke lantai sebegitu. Dalam keadaan reflect isteri menumbvk belakang saya 2x sambil mengatakan, “ini lah peak point, saya mungkin boleh jadi ibu lagi lepas ni tapi tak kan lagi boleh jadi isteri awak”.
Saya tau dia ada hubungi ibunya dan bercerita bahawa saya telah melampaui batas dengan mencampak phonenya. Saya tau, ini lah kemuncaknya. Kalau sebelum ni, kalau isteri ingin bercerai, saya akan usaha pujuk kerana mengenangkan anak – anak saya yang masih kecil. Yang tak tau apa – apa.
Saya tak nak mereka membesar tanpa cukup kasih sayang dari ibu bapa. Tapi kali ni lain, kali ni, saya sendiri terdiam dan membisu. Saya sendiri mengatakan pada diri sendiri, “ko kena ubah. Ko boleh. Allah ada”. Sungguh pun dalam benak hati, saya menangis.
Menangis kerana mengenangkan nasib anak – anak saya selepas ini akan menjalani hidup yang berbeza dari sepanjang hidup mereka sebelum ni. Saya menangis kerana, saya tahu, hati saya ni tak kan mampu untuk sayang orang lain macam saya sayang isteri.
Sejak dari detik itu, segalanya urusan anak – anak, telah jatuh ke tangan saya sepenuhnya. Kami ke family gathering keluarga isteri tanpa kehadiran isteri. Sepanjang event, saya tebalkan muka demi kebahagiaan anak – anak.
Isteri banyak berkurung di bilik. Saya nampak dia print segala dokumen berkaitan perihal cerai. Dia keluar masuk rumah semahunya tanpa pengetahuan saya. Saya tahu, dia keluar ke masjid untuk pengesahan permastautin dari nazir masjid. Hati saya meronta semahunya mengenangkan nasib kami.
Mahu saja saya melutut mohon maaf pada isteri dan mohon diberi peluang seperti sebelum ni yang mana saya akan buat apa saja dia nak. Tapi kali ni lain. Lidah saya kelu, tindakan saya kaku. Saya urus rumah macam biasa.
Saya urus anak – anak saya mcm biasa. Perihal makan minum mereka, perihal pakaian mereka. Saya bawak mereka keluar makan di luar jika saya tak sempat untuk masak. Saya tak lupa untuk bungkuskan makanan pada isteri kerana saya tau, dia masih tanggungan saya.
Saya sedar, saya mula hilang selera makan. Saya mula menyepi dan menangis sendirian. Allah.. Semalam, lepas anak – anak da tidur, saya bangun untuk masak untuk makanan hari ni. Saya menangis mengenangkan saya tiada siapa untuk bercerita tentang peitnya hati ni.
Saya betul – betul rindukan arw4h mak saya. Kalau lah dia masih ada, mesti dialah tempat saya luahkan segalanya sekarang. Saya tahu, saya perlu simpan semua ni seorangan sekarang. Sambil saya menunggu ayam digoreng, tiba – tiba ada satu video dari ustaz Azhar idrus perihal pengajian kitab rumah tangga di Dungun.
Saya dengar ceramahnya, durasi video 2 jam langsung tak terasa. Dalam ceramah tu, ustaz kata, jika rumahtangga h4ncur, maka suami perlu salahkan diri sendiri kerana tidak tarbiah pada isteri. Jika sudah tarbiah tapi masih sama, maka redhalah kamu kerana dialah isteri yang berk0rban nyawa melahirkan anak – anak kita.
Ya, saya sentiasa sedar. Saya letakkan sepenuhnya kegagalan rumahtangga ni di bahu saya. Kemudian, ustaz juga mengatakan perihal hukvm isteri meminta cerai tanpa asbab yang dibenarkan syarak, tidak bau syurga isterinya tu.
Kebanyakan isteri yang meminta cerai, semunya bersebabkan emosi. Allahuakbar. Bertepatan sungguh dengan kisah saya. Seolah – olah Allah ingin sampaikan pada saya, sedarlah kamu wahai suami, sesungguhnya kamu telah DAYUS.
Saya tersentak dengan ayat ni. Kemudian, hati saya menjadi tenang setenang nya. Saya dah bertekad akan teruskan hidup dengan anak – anak walau apa pun yang jadi. Dalam keadaan saya sekarang, saya perlu kuat untuk hidup demi anak – anak.
Saya bekerja di company yang memerIukan saya untuk outstation cuma tidak lama. Tidak sampai berlarutan sehingga berminggu. Hanya waktu weekdays kadang – kadang memerIukan saya outstation. Maka saya fikir, samada isteri boleh bertoleransi untuk menguruskan anak – anak sepanjang ketiadaan saya atau saya perlu tukar kerja.
Memandangkan, saya tiada keluarga terdekat tinggal berdekatan untuk bantu saya menguruskan persekolahan anak. Dalam keadaan ekonomi sekarang, susah untuk saya ubah pekerjaan saya sewenangnya. Sebelum ni, ada satu tawaran dari branch company Singapore untuk saya bekerja di sana.
Untuk makluman, kebanyakan saya outstation sebelum ni, adalah ke Singapore. Kalau saya ke sana, maka saya tau saya hanya akan ada waktu bekerja normal iaitu pergi balik kerja hari – hari office hour. Maka, saya mohon doa dari semua, untuk saya kekal kuat menghadapi ujian ni.
Doakan saya dan anak – anak mampu menghadapi ujian ni. Dan mohon juga doa supaya urusan saya untuk pertukaran kerja saya dipermudahkan. Terima kasih kerana sudi membaca luahan saya. – MJ (Bukan nama sebenar)
BACA: Aweera dedah sebab sebenar kematian Sepupunya Elly Idzlianizar Elias