Ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Patimah, telah memuat naik satu hantaran terbaru yang menarik perhatian ramai.
Apa yang menjadi perhatian kali ini?
Menurut laporan Oh Bulan, Patimah berkongsi sebuah foto yang menunjukkan seluruh ahli keluarganya
ketika menyambut perayaan beberapa tahun lepas.
Dalam Instagram Story yang dikongsikan, Patimah menulis kapsyen yang menunjukkan harapannya agar keluarga mereka akan berkumpul semula dengan izin Allah.
“Insya-Allah kami akan berkumpul semula.”
Walaupun Patimah tidak memberikan butiran lanjut, ramai yang mengandaikan bahawa mereka sekeluarga akan berjumpa dengan anaknya, Syamsul Yusof, tidak lama lagi.
Jika benar, Alhamdulillah. Semoga segala urusan dipermudahkan buat keluarga tersebut.
BACA: Muhyiddin gagal, hakim tolak permohonan ketepi empat tuduhan salahguna kuasa