Rupanya ini fungsi sebenar besi pada penutup tangki minyak kereta

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Seperti yang diketahui, minyak petrol telah menjadi sumber bahan bakar utama untuk kenderaan sejak bertahun-tahun lamanya.

Oleh itu, banyak stesen minyak dibina di pelbagai lokasi, termasuk kawasan pedalaman.

Kita mungkin singgah ke stesen minyak sekali atau lebih dalam seminggu untuk mengisi bahan bakar, bergantung pada penggunaan kenderaan kita.

Sebagai pemandu, penting untuk memahami beberapa komponen dan asas-asas kereta, termasuk cara mengisi minyak.

Walaupun kelihatan mudah—hanya membuka penutup tangki dan memasukkan nozel—masih ramai yang terlepas pandang mengenai fungsi komponen pada tangki minyak.

Rupanya ini fungsi sebenar besi pada penutup tangki minyak kereta

Untuk itu, kami ingin berkongsi maklumat berguna yang diperoleh dari pemilik akaun TikTok @altimatautogarage.

Fungsi Besi Pada Penutup Minyak

Dalam video tersebut, seorang lelaki mendedahkan bahawa terdapat penyangkut besi yang direka khas pada bahagian dalam penutup tangki minyak.

Menurutnya, besi ini direka untuk memudahkan pemandu semasa mengisi minyak kereta dengan menyangkut tali penutup minyak. Besi ini terdapat pada semua jenis kereta, tetapi reka bentuk penyangkutnya mungkin berbeza antara model kereta.

“Bila buka penutup minyak, selepas itu masukkan tali ini ke penyangkut macam ni (sangkut). Ia akan nampak lebih kemas dan selamat. Tali ini juga akan tahan lebih lama berbanding jika dibiarkan tergantung,” jelasnya dalam klip tersebut.

Dia juga menambah bahawa cara ini boleh mengelakkan tali penutup minyak dari hilang atau rosak, serta mengelakkan penutup tangki dari tercicir.

Selain itu, membiarkan penutup tangki minyak tergantung berisiko merosakkan cat kereta.

“Kalau biarkan penutup tangki tergantung dan terhentak-hentak, lama-kelamaan cat kereta mungkin akan rosak dan calar-calar,” katanya lagi.

BACA: ‘Saya tak nak dia, mak yang suka dia, bukan saya! Belum jadi bini dah lebih, sejak tu dia tak kacau aku lagi dah’