Pemuda raih pendapatan RM400,000 sebulan dengan hanya tanam kobis

Oleh INFORAKYAT

Bermula dengan berkebun di kawasan tanah terbiar di halaman rumah, seorang pemuda berjaya mengusahakan ladang sayur seluas 12 hektar di Tanah Tinggi Lojing sejak tujuh tahun lalu.

Chung Chia Khang, 28 tahun, yang mesra dipanggil Ah Kai, kini menanam lebih 100,000 tanaman termasuk kubis, jagung,

tomato, daun sup, daun bawang, ketumbar, lobak putih, kacang, dan buah tembikai wangi.

Menurutnya, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ibunya, Suzie Chua, 57 tahun, telah mendaftarkan namanya

untuk mengikuti kursus pertanian anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Pemuda raih pendapatan RM400,000 sebulan dengan hanya tanam kobis

Pada peringkat awal, Ah Kai hanya mengusahakan 1,000 polibeg lada solok di halaman rumahnya di Kampung Keroh, Kuala Krai.

“Saya mula secara kecil-kecilan dan bersyukur apabila menerima bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) daripada Risda sebanyak RM10,000 untuk mengembangkan kawasan pertanian.

“Dengan kegigihan dan dedikasi kepada tanah, saya kini memperoleh pulangan lumayan sehingga RM400,000 sebulan,” katanya ketika ditemui di ladangnya di Tanah Tinggi Lojing.

Ah Kai menjelaskan bahawa sayur-sayuran yang ditanam menggunakan kaedah fertigasi mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan dan memberi pulangan lumayan, termasuk untuk dieksport ke negara luar.

Ketika ini, beliau berjaya menuai hasil sayur-sayuran sebanyak 40 hingga 70 tan sebulan.

“Harga pasaran sayur-sayuran tahun ini meningkat lebih 50 peratus berbanding tahun lepas. Sayur-sayuran dari ladang ini akan dihantar kepada pemborong di Kampung Raja, Cameron Highlands sebelum dieksport ke Singapura,” katanya.

Selain itu, sebanyak 40,000 kobis yang diusahakan di tanah seluas 1.2 hektar juga telah mengeluarkan hasil, dengan hasil kubis hampir satu tan setiap hari.

“Anak muda mempunyai banyak peluang jika ada motivasi dalam diri. Bidang pertanian kini merupakan perniagaan dan kerjaya yang menjanjikan,” tambahnya.

BACA: Hotel jual pakej perkahwinan ikut bangsa undang persoalan orang ramai