Baru-baru ini, video lama yang memaparkan detik perkenalan romantis antara Iera Syazira dan suaminya, Azad Jazmin, kembali tular di media sosial.
Dalam video yang dikongsikan semula oleh pengguna TikTok, Iera atau nama sebenarnya Syazira Suhaimi dan Azad atau Azad Jazmin John Louis Jeffri
sedang bersiaran langsung di platform media sosial sambil mengimbau kembali kenangan awal perkenalan mereka.
Menurut aktres berusia 40 tahun itu, kali pertama dia dan Azad bertemu adalah di sebuah restoran.
Namun, apa yang mencuit hati ialah ketika Iera memberitahu bahawa Azad dengan berani meminta pinjam RM500 daripadanya walaupun mereka baru sahaja berkenalan.
‘Baru kenal, dia nak pinjam RM500’
“Baru kenal, esoknya masa ‘bergayut’ (buat panggilan), dia nak pinjam RM500. Kau rasa? Saya masa tu, pantang betul. Dia kata dia nak bayar sewa rumah mak dia dekat Penang.
“Tapi saya tak bagi lah,” katanya sambil ketawa.
Bercerita lebih lanjut, Iera mendedahkan bahawa hubungan mereka ketika itu telah dihidu oleh orang dalam industri, namun dia menafikan menjalin hubungan istimewa dengan Azad.
“Kami kenal dulu, memang tak sangka. Orang yang saya tak suka tengok dalam TV, masa tu watak dia berlakon dalam drama adalah merogol perempuan. Saya tengok dia, saya benci. Saya rasa Pak Azad ni poyo sangat.
“Masa saya jumpa dia (Azad) saya terus lupa yang dia adalah individu yang saya benci masa tengok dalam TV tu,” ujarnya.
Selepas bertemu di set penggambaran, hubungan mereka menjadi semakin rapat dan akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.
“Saya suka lelaki tinggi dan masa tu saya rasa dia sempurna lah,” tambahnya.
Melihat ke ruangan komen, ramai warganet mengakui terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini dan mendoakan agar hubungan Iera dan Azad serta keluarga mereka sentiasa bahagia dan dilindungi Allah SWT.
BACA: Lelaki tak sangka aktiviti kegemarannya jadikan dia jutawan selepas terjumpa ‘lombong emas’