MUA Bellaz dedah sebab dia rakam setiap momen bersama anak-anak

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Pempengaruh dan jurusolek terkenal, MUA Bellaz, mempunyai alasan tersendiri mengapa dia gemar merakam momen anak-anaknya ketika mereka masih kecil.

Dalam temu bual bersama Pa&Ma, Bellaz, atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini, tidak dapat menahan sebak

ketika berkongsi bahawa dia sendiri tidak mempunyai banyak gambar sewaktu kecil.

Itulah sebab utama dia kini berusaha merakam setiap detik anak-anaknya.

“Saya suka ambil gambar mereka sebab saya tak ada gambar sendiri waktu kecil. Bila dah besar nak tengok gambar, tak ada.

MUA Bellaz dedah sebab dia rakam setiap momen bersama anak-anak

Sebab itu saya ambil gambar mereka sekarang, nanti bila mereka tengok balik… ‘ini gambar dengan mama’.”

Bellaz menambah, dia hanya mempunyai dua hingga tiga keping gambar dari zaman kanak-kanaknya, membuatkan dia sangat ingin melihat wajahnya ketika bayi.

Dalam nada penuh emosi, ibu kepada empat orang anak ini turut mendedahkan bahawa kehidupan keluarganya yang serba kekurangan pada masa lalu menyebabkannya tidak berpeluang merakam momen berharga bersama keluarga.

“Saya tak boleh tengok balik momen-momen itu sebab dulu kami sangat susah. Jadi sekarang, bila saya dah ada anak, saya pakaikan mereka baju cantik-cantik. Bila mereka tengok nanti, inilah momen kita bersama.”

Bellaz turut berkongsi pandangannya bahawa momen hari ini tidak akan sama dengan esok, dan mustahil untuk diulang kembali. Oleh itu, dia menekankan betapa pentingnya merakam momen-momen indah itu.

“Ambil sahaja momen itu, nanti bila kita sudah tiada dan rindu, boleh tengok balik.”

Di ruangan komen, ramai netizen turut tersentuh dengan kisah Bellaz. Malah, ramai yang mengakui turut melakukan perkara yang sama untuk anak-anak mereka, terinspirasi oleh pengalaman serupa.

BACA: Lelaki meninggal dunia selepas kerja lebih masa selama 104 hari, cuti hanya sehari