Seorang lelaki meninggal dunia akibat kegagalan organ selepas bekerja selama 104 hari berturut-turut
dengan hanya mengambil cuti sehari, lapor laman berita South China Morning Post semalam.
Lelaki tersebut dikenali sebagai A’bao, berusia 30 tahun, dan bekerja sebagai tukang cat kontrak di sebuah syarikat.
Akhbar Guangzhou Daily melaporkan bahawa sebuah mahkamah telah memutuskan bahawa syarikat tersebut bertanggungjawab
atas kematian A’bao dan menegaskan bahawa bekerja selama 104 hari berturut-turut jelas melanggar undang-undang buruh China.
Menurut undang-undang negara tersebut, tiada pekerja seharusnya bekerja lebih dari 8 jam sehari dan purata 44 jam seminggu.
Mahkamah juga menyatakan bahawa pelanggaran peraturan buruh telah memberi kesan besar kepada sistem imun A’bao, menjadikannya lemah dan akhirnya menyebabkan kematian.
Keluarga A’bao telah diberikan pampasan sebanyak 400,000 yuan (RM244,411), termasuk 10,000 yuan (RM6,110) untuk ganti rugi tekanan emosi, selepas memenangi kes saman mereka terhadap syarikat tersebut.
BACA: ‘Elok je kongsi gambar suami di InstaStory’, netizen dakwa cerai hanya jadi sekadar content?