Rumah banyak garam tapi pelik kenapa mak selalu minta jiran, alasannya buat ramai terkedu

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Anak ini terdengar ibunya meminta garam dari rumah jiran. Pelik, kerana mereka sudah mempunyai garam yang cukup di rumah.

Lalu, dia bertanya kepada ibunya,“Mengapa mak minta garam dari jiran, sedangkan kita ada banyak garam di rumah?”

Ibunya menjawab,“Kerana jiran kita adalah orang susah dan mereka sering meminta sesuatu dari kita.

Dari semasa ke semasa, mak juga meminta sesuatu yang kecil dan murah dari mereka supaya mereka merasa bahawa kita juga memerlukan mereka.

“Dengan cara ini, mereka akan merasa lebih selesa dan lebih mudah untuk meminta apa yang mereka perlukan dari kita.”

Rumah banyak garam tapi pelik kenapa mak selalu minta jiran, alasannya buat ramai terkedu

“Insha Allah, rezeki kita akan bertambah dan dimurahkan.”

Didiklah anak dengan nilai empati dan saling membantu

Ini adalah pelajaran berharga yang saya pelajari daripada ibu saya, dan ia membantu saya memahami pekerja dan rakan di pejabat. Didiklah anak untuk memiliki nilai empati, rendah hati, dan saling membantu.

Pergi ke mana-mana pasti urusan akan dipermudahkan.

Apa Kata Warga Maya?

Melihat ruangan komen, ramai warga maya yang pernah melalui pengalaman serupa. Mereka juga merindui momen bertukar barang yang dikenali sebagai sistem barter.

“Saya selalu bertukar lauk sambil bersedekah waktu Ramadan. Kawasan jiran juga kawasan yang baik, saling mengenali.

Sikap berbaik-baik perlu dipupuk dari awal dalam kalangan keluarga, jiran, dan lain-lain agar kita saling menghormati,” komen seorang warga maya.

“Mak saya pula kalau tiada bahan di rumah malas nak pergi kedai, dia pinjam dari jiran sebelah-sebelah.

Macam telur, gula, garam, bawang, serai, kunyit, cili, asam. Kadang-kadang nak guna sikit, masa tu juga macam tak berbaloi nak ke kedai. Tapi biasanya, masing-masing halalkan saja, cakap tak perlu ganti. Begitu juga sebaliknya,” kongsi seorang netizen.

“Saya suka membeli barang dalam kuantiti banyak supaya bila ada mood nak masak, semua bahan sudah ada.

Namun, jarang ada masa hahaha. Jiran pula rajin masak tapi sering kekurangan barang. Jadi, saya bagi barang, dia masak dan hantar balik,” kata netizen ini dengan bijak.

“Dulu, semasa tinggal di kampung, lauk-lauk ini banyak. Contohnya, kita bagi lauk kepada jiran kanan, kiri, dan depan, maka kita akan ada pelbagai jenis lauk di rumah,” tulis seorang warga may

BACA: Pernah raih 2 pingat emas, bekas jaguh angkat berat meninggal dunia akibat serangan jantung