Sebuah terowong yang dipercayai berusia ratusan tahun, yang menghubungkan Bukit Nanas dengan Sungai Klang,
ditemui oleh seorang kontraktor yang diupah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk membaikpulih cerun yang runtuh pada Mei 2013.
Terowong ini dipercayai merupakan sebahagian daripada jaringan terowong yang telah hilang ditelan masa dan pembangunan di kawasan tersebut.
Kaum Mandailing menggunakan terowong sempit ini sebagai laluan rahsia semasa Perang Saudara Selangor antara tahun 1868 hingga 1871.
Masyarakat Mandailing pada pertengahan abad ke-19 mendiami bukit yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Gombak.
Di sinilah terletaknya Bagas Godang (Rumah Besar) dan kubu pertahanan Raja Asal, pemimpin perang kaum tersebut.
Raja Asal dan pengikutnya menanam pokok nanas di sekitar kubu pertahanan sebagai penghalang kepada musuh yang berkaki ayam.
Terowong tersebut digunakan untuk menyimpan senjata, makanan, dan harta benda, serta sebagai pos strategik untuk serangan mengejut dan laluan penyelamatan diri.
Penemuan ini mengukuhkan beberapa cerita lama tentang peperangan di puncak bukit serta kewujudan istana lama yang pernah dihuni oleh raja-raja Melayu.
Terowong ini dipercayai dibina oleh penduduk Bukit Nanas sekitar 150 tahun lalu menggunakan alat tajam untuk menggali lubang menjadi terowong.
Penemuan tersebut mendapati terowong itu digunakan sebagai pintu belakang untuk keluar masuk ke Sungai Klang dan lombong bijih timah di kawasan sekitar.
BACA: Saiful Apek dedah pernah terima dua guni surat dari peminat ketika awal pembabitan dalam dunia seni