Pernah raih 2 pingat emas, bekas jaguh angkat berat meninggal dunia akibat serangan jantung

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Bekas atlet angkat berat negara, Che Mohd Azrol Che Mat, telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, malam semalam.

Allahyarham, yang pernah meraih dua pingat emas Sukan SEA di Vietnam 2003 dan Filipina 2005,

menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.09 malam akibat serangan jantung selepas sepuluh hari dimasukkan ke hospital berkenaan.

Allahyarham, yang masih bujang kerana menjaga ibunya yang sakit,

Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kecil, Kuala Terengganu selepas Solat Isyak semalam.

Pernah raih 2 pingat emas, bekas jaguh angkat berat meninggal dunia akibat serangan jantung

Sebelum itu, Allahyarham yang berusia 45 tahun mengalami masalah kegagalan buah pinggang dan dimasukkan ke hospital setelah mengadu lelah, sebelum terpaksa ditidurkan.

Allahyarham pernah berkhidmat dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) sebagai jurulatih pembangunan angkat berat pada tahun 2017.

Pada tahun 2015, Allahyarham yang ketika itu bergelar jurulatih di MSNT terpaksa berhenti kerja selepas dijangkiti kencing tikus.

Dua tahun kemudian, Allahyarham pernah menerima rawatan di HSNZ berikutan masalah jangkitan kuman dalam paru-paru serta mengalami masalah buah pinggang, hati, dan limpa.

BACA: ‘2 tahun kahwin boleh kira dengan jari berapa kali je dia cakap dengan mak aku, alasan dia buat aku nak ceraikan je!’