Gara-gara disiasat SPRM, saham YTL jatuh

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Saham YTL Corporation Bhd dan YTL Power International Bhd mengalami penurunan hari ini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

meminta maklumat daripada anak syarikat YTL Power, YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms) berhubung Projek 1Bestarinet.

YTL Power mengesahkan perkara ini semalam dan menambah bahawa YTL Comms memberikan kerjasama

penuh kepada SPRM, serta menyatakan keyakinan bahawa isu ini akan diselesaikan dengan baik.

Pada pukul 12.30 tengah hari tadi, saham YTL merosot sebanyak 23 sen kepada RM2.77, manakala saham YTL Power menurun 18 sen kepada RM3.71.

Gara-gara disiasat SPRM, saham YTL jatuh

Menurut laporan, sumber dipetik sebagai berkata bahawa ‘penyiasatan tertumpu kepada tuntutan melibatkan butiran palsu berkaitan pembayaran sebanyak RM2.7 bilion’.

Menurut YTL Power, Projek 1Bestarinet telah dianugerahkan kepada YTL Comms pada tahun 2011 oleh Kementerian Pendidikan (KPM) melalui tender terbuka yang melibatkan 19 syarikat yang membuat tawaran.

YTL Comms dipilih kerana bidaan mereka paling mematuhi spesifikasi teknikal dan kos yang paling efektif.

Projek tersebut telah disahkan oleh KPM sebagai selesai pada akhir tempoh kontrak pada 30 Jun 2019.

BACA: ‘Bukan masalah diri lelaki tu tapi kau yang masalah, awal kau beria lepas tu kau hilangkan diri’