Pelakon Fikry Ibrahim mengumumkan bahawa bapanya, Ahmad Ibrahim, telah meninggal dunia pada pagi Jumaat.
Fikry, yang berusia 30 tahun, berkongsi berita sedih ini melalui hantaran di Instagramnya
Dan memohon agar orang ramai mendoakan agar Allahyarham bapanya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
“Ayah saya, Ahmad Ibrahim, telah kembali ke rahmatullah.
Doakan agar ayah saya diampuni segala dosa-dosanya, dipermudahkan urusannya, dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Terima kasih semua.”
Sebelum itu, sekitar jam 4 pagi (Jumaat), Fikry sempat memaklumkan di Instagram Story bahawa bapanya telah ditidurkan dan meminta agar orang ramai mendoakan agar urusan bapanya dipermudahkan.
BACA: ‘Bukan masalah diri lelaki tu tapi kau yang masalah, awal kau beria lepas tu kau hilangkan diri’