Sah cerai talak satu, ini punca penceraian Ira Kazar dan Syamsul Yusof

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar, telah sah bercerai talak satu pada jam 10.30 pagi di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Selangor hari ini.

Peguam syarie yang mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak, menyatakan bahawa

terdapat pelanggaran taklik yang berkaitan dengan hantaran yang dibuat oleh Ira di media sosialnya sebelum ini.

“Mahkamah mengesahkan bahawa penceraian telah berlaku di luar mahkamah antara Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

“Lafaz taklik itu sebenarnya mengesahkan lafaz cerai luar mahkamah tersebut sama ada menjatuhkan talak atau tidak.

Sah cerai talak satu, ini punca penceraian Ira Kazar dan Syamsul Yusof

Mahkamah telah memutuskan bahawa lafaz tersebut sah dan talak satu telah jatuh,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Selangor hari ini.

Peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pula menjelaskan bahawa Ira telah melanggar taklik sebanyak lima kali, dengan pelanggaran pertama berlaku pada 14 Ogos lalu tanpa paksaan.

Penceraian itu berlaku pada 14 Ogos lalu, dan Ira telah memulakan tempoh edah pada tarikh yang sama.

Sementara itu, Ira atau Faghira Fatini Kazaruddin, 29, meluahkan rasa syukur kerana segala urusan telah selesai dan enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenai penceraian yang berlaku hari ini.

“Alhamdulillah, semuanya dah selesai..” ujar Ira.

Sebutan kes tersebut sepatutnya berlangsung pada 25 September ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

BACA: Keluar modal RM80000 buat PM New Zealand nak ‘jumpa’ Khairul Aming