Baru tahu rupanya bahaya celup uncang teh lebih 3 minit!

Oleh AHMAD SULAIMAN

Anda pasti pernah minum teh, bukan? Kini, terdapat pelbagai jenis teh yang dijual dan mudah didapati di pasaran tempatan.

Teh diakui di seluruh dunia sebagai minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Namun, baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran

mungkin mengandungi bahan pewarna berlebihan yang boleh meningkatkan risiko kanser.

Oleh itu, ramai yang mencadangkan agar kita beralih dari teh timbang kepada teh uncang.

Baru tahu rupanya bahaya celup uncang teh lebih 3 minit!

Walau bagaimanapun, teh uncang juga mempunyai kelemahan dan kesan buruk tersendiri yang perlu kita perhatikan.

Teh uncang sebaiknya tidak dicelup atau ‘direndam’ terlalu lama kerana terdapat kandungan klorin dalam kertas uncang teh. Klorin ini berfungsi untuk melindungi kertas uncang daripada bakteria dan bertindak sebagai pengawet supaya teh lebih tahan lama.

Namun, klorin dalam jumlah yang tinggi boleh mendatangkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada kesihatan, termasuk risiko kanser dan masalah kesihatan lain.

Jika uncang teh dicelup lebih dari 3 hingga 5 minit, klorin akan larut bersama dan banyak khasiat teh akan hilang akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman.

Untuk mengelakkan kesan jangka panjang, sebaiknya jangan celup uncang teh lebih dari 3 minit. Setelah itu, angkat dan buang uncang dari gelas atau cawan.

BACA: ‘Anak sokong bapanya tambah isteri sebab mampu, dia tak tahu bapa dia mampu pun sebab aku’