Pelik tapi benar, wanita masih lagi mengandung 46 tahun tak lahirkan anak

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Seorang wanita di Casablanca, Morocco, masih lagi “mengandung” selepas 46 tahun tidak melahirkan bayi tersebut.

Adakah anda tahu bahawa ada wanita yang tidak menyedari mereka sedang hamil? Ia memang kelihatan aneh.

Ini mungkin disebabkan oleh simptom kehamilan yang tidak biasa, membuatkan wanita tersebut tidak menyedari atau merasakan bahawa mereka sedang mengandung.

Ada juga wanita yang tidak mengalami sebarang simptom, tetapi tiba-tiba merasakan kesakitan di perut tanpa mengaitkannya dengan kehamilan.

Namun, kisah seorang wanita dari Casablanca ini agak luar biasa. Pada tahun 1955, Zahra Aboutalib yang ketika itu berusia 26 tahun,

Pelik tapi benar, wanita masih lagi mengandung 46 tahun tak lahirkan anak

mengetahui bahawa dia sedang hamil dan telah dibawa ke hospital setelah 48 jam mengalami kesakitan untuk bersalin.

Selepas pemeriksaan rutin, doktor memberitahu Zahra bahawa dia perlu menjalani pembedahan. Namun, selepas melihat seorang wanita meninggal dunia semasa bersalin, Zahra memilih untuk meninggalkan hospital dan berjanji tidak akan kembali.

Dia mengalami kesakitan selama beberapa hari, tetapi kesakitan itu kemudian hilang sehingga dia terlupa bahawa dirinya masih mengandung dan belum melahirkan.

Kerana ketakutan melihat orang melahirkan anak, Zahra mengambil tiga orang anak angkat. Namun, ketika berusia 75 tahun, kesakitan lama kembali menghantuinya. Anak-anaknya, yang bimbang dengan kesihatan ibu mereka, membawa Zahra untuk berjumpa dengan pakar.

Profesor Taibi Ouazzani mengesyaki bahawa punca perut Zahra yang menonjol adalah tumor ovari, lalu mengarahkan Zahra menjalani ultrasound. Hasilnya menunjukkan satu jisim besar yang tidak dapat dikenal pasti dalam perut Zahra.

Rupa-rupanya, Zahra masih lagi “mengandung” dan bayi yang sepatutnya lahir 46 tahun lalu masih berada dalam perutnya tetapi telah bertukar menjadi “bayi batu”.

‘Lithopedion’ atau bayi batu adalah fenomena jarang berlaku yang terjadi apabila janin mati semasa kehamilan abdominal dan terlalu besar untuk dimasukkan semula ke dalam badan.

Ia menyebabkan tubuh ibu melindungi tisu mati janin dan mencegah jangkitan.

Zahra Aboutalib mengalami kehamilan ektopik, di mana telur yang disenyawakan berada di saluran fallopian dan tidak dapat berkembang dengan normal. Janin yang berkembang akhirnya keluar dari saluran fallopian dan terus berkembang dalam perut, menyebabkan kesakitan yang dialaminya.

Namun, janin seberat 7 paun dan sepanjang 42 cm itu telah berjaya dikeluarkan, dan Zahra kini berada dalam keadaan stabil.

BACA: Lagi cerita buaya, penampakan sang bedal di Tasik seksyen 7 Shah Alam