Seorang lelaki berusia 19 tahun menjadi bualan pengguna media sosial selepas dia yang bergaji kecil, mahu membeli sebuah kereta jenama Proton X70 yang harga bulanannya melebihi dari pendapatan.
Dalam satu perbualan WhatsApp antara dia dengan seorang jurujual kereta, pemuda itu menyatakan maklumat peribadinya seperti gaji dan kereta yang mahu dibeli.
Apa yang mengejutkan adalah dia yang baru memiliki gaji bersih sekitar RM1,100 mahu membeli kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70.
Ansuran bulanan kereta itu sekitar RM1,200 sebulan, melebihi pendapatan bersihnya.
Dia juga memaklumkan masih tidak mempunyai lesen kereta.
Bagaimanapun, jurujual terbabit cuba menasihatinya agar memilih jenis kereta lain memandangkan bayaran bulanan SUV itu melebihi gaji bulanannya.
“Ramai budak-budak nak kereta ‘ada-ada’. Kebanyakan umur 17 hingga 21 tahun nak kereta Proton X50, Honda Civic, Yoyota Vios dan Honda City.
“Minta beli Produa Axia, Proton Saga tak minat katanya. Cabaran betul generasi sekarang,” kata jurujual itu.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai dan rata-ratanya menegur sikap segelintir anak muda yang sanggup jatuh miskin semata-mata mahu memiliki kereta mewah.
Ramai juga mengingatkannya tentang kos selepas kereta berada di tangan seperti kos penyelenggaraan, insurans dan cukai jalan, serta kos petrol yang perlu diambil kira.
“Wow. Saya masih pakai Alza tahun 2013 dah habis bayar. Gaji pun lumayan tapi cita-cita saya tak tinggi macam adik ni. Semoga capai impian ye dik,” kata seorang pengguna Facebook.
“Dia berminat nak yang wow, tapi duit dia yang tak berminat. Tak salah nak demand, tapi ukur baju di badan sendiri. Takut baju tu sendat padat. Apa pun, semoga adik ni tercapat hajatnya untuk mencapai apa yang diinginkan. Mungkin bukan sekarang, tapi di masa depan,” kata Aswana pula.
Baca juga: Tak padan dengan gaji, remaja 19 tahun gaji RM1100 berangan nak beli X50 full loan