Seorang pengguna media sosial menarik perhatian ramai selepas mendedahkan bahawa dia menerima bungkusan
periuk tekanan yang telah dibatalkan tempahannya dua tahun lalu, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Lelaki yang dikenali sebagai Jay itu dilaporkan membeli periuk tekanan melalui laman e-dagang, Amazon pada tahun 2022.
Pesanan tersebut dibatalkan sejurus selepas pembelian dan dia turut menerima pemulangan bayaran.
Namun, Jay terkejut apabila pesanan tersebut tiba di pintu rumahnya secara misteri selepas dua tahun.
Butiran penghantaran yang dikongsi di platform X oleh akaun @thetrickytrade menunjukkan periuk tekanan itu dibeli pada 1 Oktober 2022 dan diterima pada 28 Ogos lalu.
“Terima kasih Amazon, kerana menghantar pesanan saya selepas dua tahun. Saya gembira setelah menunggu begitu lama.
Pasti periuk tekanan ini sangat istimewa!” demikian menurut keterangan perkongsian itu secara sinis.
Hantaran tersebut menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
“Nampaknya penghantar barang mereka ‘tersekat’ dalam kesesakan lalu lintas,” kata seorang netizen.
“Periuk tekanan itu mungkin datang dari luar semesta, jadi ia mengambil masa dua tahun untuk sampai,” kata pengguna media sosial lain secara berseloroh.
BACA: ‘Terpikat dengan suami orang’ Wanita nekad jumpa dan minta izin isteri lelaki tersebut