Tak sangka! Rupanya nak tunaikan haji pun ada rasuah

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Memberi rasuah untuk mendapatkan kuota dan permit haji adalah perbuatan yang salah dan diharamkan oleh syarak, malah ia juga merampas hak orang lain secara zalim.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri,

berkata bahawa mendapatkan kuota dan permit untuk menunaikan haji termasuk dalam syarat wajib haji al-istita‘ah.

“Oleh itu, mereka yang tidak berjaya mendapatkannya tidak diwajibkan untuk mengerjakan haji.

“Kami menasihatkan agar menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan permit haji dan bukannya dengan cara yang salah seperti rasuah,” katanya melalui aplikasi Alinarah.

Tak sangka! Rupanya nak tunaikan haji pun ada rasuah

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada pertanyaan mengenai hukum membayar sejumlah wang dan tidak menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan kuota menunaikan haji.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata sebagai seorang Muslim, adalah penting untuk menjauhi segala perkara yang dilarang oleh syarak, terutamanya ketika ingin melaksanakan ibadah mulia seperti haji.

Katanya, tindakan memberi sejumlah wang kepada pihak yang menguruskan haji tanpa melalui saluran yang betul untuk mendapatkan kuota dan permit haji adalah termasuk dalam kategori rasuah.

“Tindakan tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang negara, tetapi juga merupakan perbuatan yang haram menurut syarak,” ujarnya.

BACA: ‘Mahal baju tu, RM50 punya sudahlah!’ Isteri tebalkan muka malu bila suami sound depan orang ramai