‘Aku terkilan isteri pentingkan kerja melebihi aku dan anak, aku cuma berminggu je di darat, aku cuma habiskan masa dirumah’

Oleh AHMAD SULAIMAN

Aku dah berkahwin hampir 10 tahun, anak pun dah ramai (lebih daripada 2).Alhamdulillah diberikan rezeki yang mencukupi,

bekerja di sektor minyak dan gas, sudah tentulah kehidupan aku separuh di luar persisir pantai, separuh lagi di daratan berdasarkan rotation kerja berminggu di laut, dan berminggu juga cuti didarat.

Isteri aku juga bekerja dengan syarikat GLC/GLIC. Pendek kata kehidupan kami serba serbi cukup.

Cumanya kadang2 aku merasa kecil hati dan hampir tawar hati dengan isteri disebabkan oleh kerjanya.

Pada aku, tiada keperluan untuk isteri bekerja disebabkan aku mampu untuk menyara keluarga kecil kami.

'Aku terkilan isteri pentingkan kerja melebihi aku dan anak, aku cuma berminggu je di darat, aku cuma habiskan masa dirumah'

Disebabkan oleh kerjaya isteri juga kami terpaksa hidup dibandar dengan kos sara hidup yang tinggi, even gaji 5 angka pun jadi cukup2 makan, sedangkan jika tinggal di kampung halaman tentunya kehidupan akan lebih senang.

Tapi disebabkan isteri mahu bekerja dan mengenangkan ajal maut yang tidak dapat diramal, aku redha isteri bekerja, tetapi bukanlah untuk membantu aku dari segi kewangan, cuma sebagai persediaan sekiranya aku dijemput Ilahi terlebih dahulu.

Namun aku merasa sangat terkilan apabila isteri sangat mementingkan kerjayanya melebihi aku dan anak2. Sudahlah keberadaan aku cuma berminggu sahaja di darat, masa yang ada cuma dihabiskan berseorangan di rumah.

Rutin harian hanyalah menghantar dan menjemput anak disekolah, mengemas rumah, mencuci baju. Isteri akan keluar bekerja awal pagi, untuk mengelakkan jalan “jammed” katanya dan pulang kadang kala lewat sehingga matahari pun sudah terbenam.

Pagi hari aku lah yang menyiapkan anak2, malamnya aku jugak yang uruskan anak2. Isteri bila pulang hanyalah meratib kepenatan dan tertekan akibat kerja.

Keinginan aku sebagai suami semuanya terpaksa aku pendamkam dek kerana kasihankan isteri yang tak lekang dari mulut meluahkan kepenatan bekerja seharian.

Bukan sengaja nak dipendamkan tetapi fikirlah sendiri bagaimana nak bersama bila isteri aku belum pukul 10 malam dah nyenyak dibuai lena. Tinggallah aku terkontang kanting berseorangan.

Lebih memburukkan keadaan lagi isteri aku sedar akan perkara ini, ada kala memang isteri yang akan memberikan “hint” terlebih dahulu, aku dengan excitednya akan siap2 dengan minuman herba, madu dan sebagainya.

Malangnya bila anak2 dah tidur, sekali dengan isteri aku pun dibuai mimpi, betapa besarnya harapan dan expectation tapi diakhiri dengan kekecewaan. Lama kelamaan aku menjadi tawar hati.

Ada aku terbaca di confession2 sebelum ini, isteri mengadu suami yang tidak mahu menyentuh isteri. Well, inilah puncanya para isteri sekalian alam, kami sebagai lelaki dan suami juga punya hati dan perasaan, dan bisa saja tawar seperti mana hati kamu perempuan.

Aku tak pasti lelaki lain bagaimana, untuk aku bila dah tawar hati, jangan kata nak bersama, nak bermanis muka dengan isteri pun aku tak mampu.

Yang ajaibnya isteri aku ni nak menghadap phone tak penat pulak, tapi aku tahu isteri aku memang tidak membaca di page ini, masa lapangnya banyak dihabiskan dengan tiktok, kalau sebelum wujudnya tiktok, di hadapnya IG setiap masa.

Kalau suami isteri yang lain akan ada pillow talk sebelum tidur, aku dan isteri hanya ada “pillow tiktok”.

Kalau ada pembaca yang berfikiran aku tak cuba untuk berkomunikasi, memang betul pun, soal kerjaya isteri aku, aku tidak menegur dengan nada keras, tapi berulang kali sudah aku katakan kepada isteri jika kerjanya membebankan dia boleh berhenti bila2 masa.

Tapi yang utama menyebabkan communication break down adalah sikap isteri yang tak boleh ditegur, dia akan bertukar mode defensive, bayangkan konsep “perempuan tak pernah salah” dia apply dalam semua benda.

Jadi untuk berkomunikasi sejujurnya sudah lama aku tawar hati.

Tiada isu akan selesai kalau berbincang dengannya. Selalunya akan berakhir dengan aku memendam rasa sahaja, kerana setiap masalah yang aku utarakan isteri akan memberikan 1001 alasan kenapa masalah itu timbul,

Dia akan rationalize & validate sesuatu isu tu sehinggakan benda tu jadi tak ada masalah. Sedangkan dia saja yang rasa macam tu, isu tak selesai pun, aku tetap makan hati.

Entahlah, disebalik setiap kekecewaan aku tetap mengharapkan yang terbaik utk keluarga kecil kami, demi anak2. Jika dia sayangkan kerjayanya silakan hadap kerjanya itu. Bukan mengalah cuma aku dah lelah, nak jadi apa pun biarlah.

– Bitter (Bukan nama sebenar)

BACA: “Ibu paksa anak-anak bagi duit tak kira ada gaji ke tak, tak sangka! ibu juga pernah upah bomoh pisahkan aku dan isteri”