Aku Kicap. Tahun ni dah masuk 40 tahun. Aku surirumah dah 9 tahun.Aku nak cerai. Tapi aku tak ada kerja.
Aku dah 3 tahun cari kerja. Interview pun tak dapat. Aku stress sangat ni. Dah tak boleh hidup dengan suami yang asik buat hal.
Aku ada 1st class degree. Pernah kerja sebelum ni di syarikat well known. Aku berhenti kerja tanpa kerelaan aku.
Husband aku suruh jaga anak kat rumah (anak no. 2). Masa tu aku baru habis cuti berpantang.
Anak aku mil yang volunteer nak jaga. Anak aku badan semangat. Debab. Tembam. Comel. Umur 3 bulan dah nak dekat 9kg berat die.
Disebabkan badan yang comel. Mil tak larat mandikan anak aku. Die just lap badan anak aku. Bila balik kerja, anak aku tak bersih. Daki sentiasa ada di pelipat2. Najis pun tidak dibersihkan dengan betul.
Oh ya. Anak aku dijaga oleh mil sekali dengan kakak husband aku. Dia kat rumah tak ada kerja. Jadi aku bagi upah sekali jaga anak aku.
Tapi tula aku sedih. Setiap kali balik kerja anak aku kotor. Mereka tak berani nak mandikan anak aku. Takut jatuh katanya.
Aku terpsksa berhenti kerja dengan 2 minggu notis. Bermulalah aku sebagai surirumah yang menyedihkan.
Aku happy jaga anak aku. Yang sulung dan baby. Penat memang penat. Nak ditakdirkan, bila aku jaga baby. Aku pelik kulit die selalu biru2. Cek doktor, doktor cakap baby aku sawan dan disahkan ada penyakit otak.
Aku redha. Aku dah tak pikir nak kerja balik bila anak dah besar sikit. Sebab anak aku banyak kali keluar masuk hospital. Tebuk itu ini.
Dipendekkan cerita. Aku dengan penat jaga anak. Kemas rumah. Husband aku aku seronok betul layan porn kat office. Banyak kali terkantoi. Pastu merayu maaf kat aku. Sebulan dua buat lagi.
Pergi outstation bukan ingat isteri dengan anak kat rumah. Macam biasa seronok betul die tengok porn. Aku cakap tengok2 mana ada feel. Elok bawak pelacur sekali.
Dia tak appreciate wife die yang berkorban untuk anak. Die lupa anak die sakit. Keperluan aku takde ditunaikan. Pakaian dalam aku longgar atau koyak. Aku jahit sendiri. Apatah nak belikan aku baju baru.
Kerja2 rumah tak buat. Sepanjang 10 tahun kawen, goreng telur pun tak pernah. Aku ni takde rehat. Sakit pun takde mc. Die layan aku macam bibik. Bibik pun ade gaji.
Kadang2 aku minta RM50 secara kasar. Aku ungkit2. Aku penat sangat kemas rumah. Mop hari2. Sebab anak aku perangai die suke jilat lantai rumah. Anak aku tak boleh kena infection. Nanti trigger sakit otak die. Aku pastikan semua keadaan die bersih.
Husband aku kencing tak flush. Kencing merecik2. Berak die pun kadang2 die tak flush. Air paip tak tutup rapat. Cabinet dapur kalau buka tak tutup balik. Pinggan basuh die punya sahaja. Itupun berminyak. Buat semua kerja ala kadar.
Masuk rumah tak tutup pintu dengaan betul. Sampai ke pagi pintu rumah terbuka sikit atau tak berkunci. Aku ni yang sibuk jaga anak penat sangat!
Masa covid bermula segalanya. Aku termengandung. Tapi aku gembira ada baby lagi. Target aku nak anak 3 orang dari awal kahwin. Tapi anak aku meninggal sewaktu dilahirkan. Aku mcm depress.
Die semua tak reti buat kerja rumah. Kalini aku bodohkan die. Itu tak reti. Ini tak reti. Nak jaga aku time pantang?Kirim salam jela. Aku nak cerai aje. Kalini die betul2 berubah. Dah buat kerja tanpa disuruh. Buang sampah. Masak. Sapu sampah. Mop.
Walaupun die buat semua tu. Hati aku kosong untuk dia. Aku dah takde perasaan sayang kat die. Sampaila sekarang ni. 4 tahun selepas covid. Macam2 die beli untuk aku. Minyak wangi. Jam tangan. Die bagi aku duit belanja rm250 sebulan.
Tapi semua tu aku tak heran. Bila hati mati. Susah nak hidupkan balik. Lepas baby aku meninggal. Aku cari kerja sampai sekarang tak dapat2. Macam mana aku nak cerai kalau duit takda? Rumah dan kereta pun takda.
Dulu masa kerja, aku ade kereta. Tapi trade in untuk beli kereta yang lebih besar, haha. Aku 1 aset pun takda.
Macamana aku nak jaga anak2 aku sekarang? Aku sekarang. Kurang penat dah. Anak2 dah besar dan boleh berdikari sikit2. Anak aku yang sakit pun last operate 3 tahun lepas. Harap janganlah die sakit lagi.
Husband aku. Sampai sekarang pun perangai lalai die masih ada. Basuh pinggan, tapi masih berminyak dan kesan kopi pun masih ada kat cawan. Aku ni yang kena basuh balik. Kencing pun bersepah lagi. Penat kan jadi aku?
Dengan tak bercakap dengan orang. Asik menangis je mengenangkan ketidakberjayaan diri ni. Yang lain,umur dah 40 berkerjaya. Bercuti sana sini. Aku tumpang gembira.
Aku sekarang redha. Rasa macam nak ma*I lebih baik. Tapi surgakah aku?
Aku nak kerja. Nak sosial. Nak bercakap dengan orang. Nak ada kawan. Nak ada duit sendiri. Tapi tak dapat haha.
Aku buat dropship macam2. Kadang dapatla comission sen ke RM1. Tu pun kalau ada orang beli. Aku juga jual makanan. Post kat group. Takde pun org nak beli haha. Aku suke kerja dengan orang. Bila boss bagi kerja aku buat sebaiknya. Kalau berniaga bukan passion aku.
Aku fikir nak lari dari rumah. Tapi kat bank aku hanya ada RM160 sahaja, hehe. Yang bulan2 husband aku bagi tu?Confirmla guna balik kat die. Kereta rosak. Belanja anak2 tak cukup. Tak sampai hati duit tu aku simpan.
Jadilah aku surirumah yang menyedihkan haha. Nak cerai tapi takda duit dan takda kerja haha. Aku rasa pun aku dah mental. Asik tertangguh nak jumpa doktor.
Nak pergi sendiri takut. Sebab selama aku surirumah ni aku dah develop anxiety. Rasa takut nak keluar rumah sorang2. Tak tau nak naik apa. Grab pun aku tak pernah tekan, haha.
Nasihat aku. Kalau boleh kerjala. Jangan berhenti jadi surirumah unless dah confirm suami kita suami dari syurga. Sekian.
– Kicap (Bukan nama sebenar)
BACA: Ingatkan kembar dua, wanita usia 25 tahun lahirkan anak kembar sembilan!