Nama pelakon, Uqasha Senrose sering menjadi topik perbincangan kebelakangan ini terutamanya sejak penularan laporan polis mendakwanya memukul bekas pembantu peribadi.
Sehubungan itu, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nik Sen tampil membela diri dengan mendedahkan sikap sebenar individu yang didakwa sudah memfitnah dan membuka aibnya.
Pelakon berusia 32 tahun itu juga mengakui tidak ‘bercakap kosong’ dan mempunyai bukti kukuh untuk menepis segala tuduhan yang dilemparkan oleh wanita berkenaan.
“Setelah beberapa orang buang awak (bekas pembantu peribadi), saya ambil awak bekerja tanpa bertanyakan masa silam awak.
Layan dengan baik siap duduk rumah macam rumah sendiri. Ada bukti perbualan tetapi tidak mahu memalukan dia.
“Dari bulan Oktober sampai Jun, saya tiada penggambaran pun. Namun gaji bulanan tetap diberikan seperti biasa. Tetapi sebabkan terlalu selesa, ini balasan awak dekat orang?
“Fitnah dan aib yang awak cuba lakukan sekarang ini, rasa akan berjaya ke? Dengan banyak hutang dan pinjam duit sana sini, siapa yang dahulukan? Kita tak cakap kosong dik, kita cakap sekali dengan bukti,” katanya.
Perkara tersebut didedahkan oleh Uqasha menerusi beberapa hantaran di Instastory bersama tangkap layar perbualan di aplikasi Whatsapp bersama bekas pembantu peribadinya itu.
Berdasarkan perbualan tersebut, dapat dilihat Uqasha sering menegur sikap bekas pembantu peribadinya yang gemar masuk ke dalam biliknya malah pernah memakai pakaian tidurnya tanpa kebenaran.
Namun selepas memohon maaf, pembantu peribadinya itu malah menunjukkan sikap lain pula dengan mengadu domba mengenai bekas majikan terdahulu kerana mahu meraih simpatinya.
“Masuk rumah orang sesuka hati. Masa ini sudah rasa tak suka (dengan sikapnya). Macam tiada adab, mak bapak tak ajar ke sampai main masuk sahaja rumah orang.
“Tak cukup masuk keluar rumah orang sesuka hati, tambah pula main pakai baju tidur orang sesuka hati? Perangai kampung mana ini? Selepas itu mula mengadu domba tentang bekas majikan,” dedahnya.
Uqasha bagaimanapun tidak mampu lagi menahan sabar apabila sikap mengadu domba individu berkenaan sudah melampaui batas sehingga memporak-perandakan keluarganya.
Niat Uqasha untuk menyelesaikan masalah mereka secara baik juga tidak berjaya apabila kakak kepada pembantu peribadinya itu menggunakan media sosial untuk menjatuhkan nama baiknya.
“Setiap bulan gaji mesti awal dan penuh walaupun tiada penggambaran. Rupanya bayar gaji untuk jadi penyampai cerita rumah tangga orang. Kita ini sedaya upayalah tidak mahu mengaibkan dia.
“Nak selesai cara baik, suruh pulangkan emas-emas dan duit gaji dia yang langsung tidak kerja serta barang-barang yang saya tak tahu dia ambil.” Ujar isteri kepada pelakon, Kamal Adli itu.
Baca juga: “Adik ipar menumpang rumah kami tapi dia macam boss besar pula! Akhirnya terbongkar kegiatan dia